PPD Kuala Kangsar
03/07/2026
UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA KETUA-KETUA AGENSI STRATEGIK
Yang Berusaha para Ketua Jabatan dan wakil agensi strategik yang dihormati sekalian,
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tuan-tuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Majlis Penghargaan Jalinan & Jaringan Strategik pada hari ini.
Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan pendidikan di daerah Kuala Kangsar bukanlah hasil usaha warga pendidikan semata-mata. Ia terhasil daripada semangat kebersamaan, kepercayaan serta komitmen tinggi yang sentiasa ditunjukkan oleh pelbagai jabatan dan agensi dalam menjayakan program-program yang memberi manfaat kepada murid, guru, sekolah dan komuniti.
Sokongan daripada semua agensi dalam pelbagai bentuk sama ada kepakaran, khidmat nasihat, penajaan, perkongsian sumber, keselamatan, kesihatan, kebajikan mahupun pembangunan komuniti amat kami hargai. Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, telah memberikan impak yang sangat bermakna kepada pembangunan pendidikan di daerah ini.
Semoga jalinan dan jaringan strategik yang telah terjalin ini akan terus diperkukuhkan berasaskan semangat kolaboratif, saling mempercayai dan berkongsi tanggungjawab demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi atas segala sokongan, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga hubungan erat antara Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dengan semua agensi strategik akan terus berkekalan dan berkembang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak di daerah Kuala Kangsar.
Sekian, terima kasih.
29/06/2026
Tahniah atas kejayaan murid The Malay College Kuala Kangsar dan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar. Teruskan kecemerlangan anda
26/06/2026
26 Jun 2026
Penjurian akhir Pertandingan Pembaca Bestari (Tokoh NILAM) Daerah Kuala Kangsar Tahun 2026 yang berlangsung di PKG Kati dengan turut dihadiri Puan Ummi Hasni, mantan SISC+ Bahasa PPD Kuala Kangsar yang menyumbang pengalaman dan kepakaran kepada semua yang hadir.
Keputusan Penuh Pembaca Bestari Daerah Kuala Kangsar Tahun 2026
*** Bahasa Melayu Sekolah Rendah***
Johan : SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar ABA4056
Kedua : SJKT Mahatma Gandhi Kalasalai
Ketiga : Sekolah Kebangsaan PAYA SALAK
*** Bahasa Melayu Sekolah Menengah ***
Johan : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu
Kedua : SMK Methodist ACS Sungai Siput U, 31100 Sungai Siput, Perak.
Ketiga : SMA Maahad Almizan Official
*** Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ***
Johan : SJK(C) Tsung Wah
Kedua : SJKT Mahatma Gandhi Kalasalai
Ketiga : SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar ABA4056
*** Bahasa Inggeris Sekolah Menengah ***
Johan : SMK.RAJA PEREMPUAN KELSOM
Kedua : SMK Clifford Kuala Kangsar
Ketiga : SMK Methodist ACS Sungai Siput U, 31100 Sungai Siput, Perak.
Tahniah kepada semua pemenang.
(maaf ada ralat pemenang dan telah dikemaskini)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Jalan Tun Razak
Kuala Kangsar
33000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |