Chandan Prihatin

Chandan Prihatin

Share

Photos from Chandan Prihatin's post 07/07/2026

Hari ini saya di Parlimen Pagoh,Johor dalam misi membantu calon dari Perikatan Nasional dalam menghadapi PRN pada hari sabtu ini. Saya melihat calon dari Perikatan Nasional telah bersedia dan sehabis usaha dalam menghadapi PRN kali ini.

Saya doakan agar Perikatan Nasional beroleh kemenangan di kesemua kerusi yag dipertandingkan.

Suburkan demokrasi dan undi calon dari Perikatan Nasional.

YB Doc

Photos from Chandan Prihatin's post 06/07/2026

Hari ini saya menghadiri Majlis Pembentangan Laporan Tahun Ke-Empat Perak Sejahtera 2030. Sempat saya bergambar dengan petugas hospital.

YB Doc

16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan menyambut Maal Hijrah 1448H, suatu peristiwa agung yang mengingatkan kita tentang pengorbanan, keazaman dan perubahan ke arah yang lebih baik.

Hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar perpindahan fizikal, malah merupakan simbol transformasi diri, pembinaan ummah dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Semangat hijrah ini wajar kita hayati dengan memperbaharui azam, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan usaha untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat kepada seluruh rakyat, khususnya warga Bukit Chandan dan Kuala Kangsar. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ukhwah, memelihara keharmonian masyarakat serta terus berganding bahu membangunkan negeri dan negara yang kita cintai.

Salam Maal Hijrah 1448H.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
Awal Muharam, Detik Permulaan Ke Arah Kecemerlangan dan Keberkatan.

Ikhlas daripada,

YB Dr Hashim bin Bujang
ADUN Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Ketua Bahagian BERSATU Kuala Kangsar

31/05/2026

BELANGSUNGKAWA

Dukacita dan salam takziah diucapkan kepada Mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar YBhg Datuk Mastura Binti Tan Sri Mohd Yazid atas pemergian ayahnda tercinta, Tan Sri Mohd Yazid Baba. Saya doakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh serta para shuhada.

Al Fatihah…

26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya warga Bukit Chandan dan Kuala Kangsar.

Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan serta ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Ikhlas daripada,
Dr. Hashim bin Bujang
ADUN Bukit Chandan

🌟 “Pengorbanan Mengajar Erti Keikhlasan, Kebersamaan Mengukuhkan Perpaduan.” 🌟

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Bukit Chandan
Kuala Kangsar
33000