J-Biotech
16/06/2026
Selamat menyambut Awal Muharram 1448H.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini memberi inspirasi kepada kita untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang, memperkukuh perpaduan, dan meningkatkan kecemerlangan profesional serta peribadi.
Salam Maal Hijrah daripada Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Kumpulan Johor Biotech.
05/06/2026
5 Jun 2026 – Program Pemukiman Strategik (Retreat) Kumpulan Johor Biotech 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Jun 2026 bertempat di Lexis Suites Penang bagi memperkukuh hala tuju organisasi, menilai pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semasa serta menyelaras perancangan masa hadapan.
Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Biotech, Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan dan Pengurus Besar Johor Biotech, Tuan Haji Jamaludin bin A. Hamid, dengan penyertaan barisan pengurusan serta warga kerja Kumpulan Johor Biotech.
Sesi ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh kolaborasi antara bahagian, memperhalusi perancangan strategik serta memperkasa tadbir urus organisasi ke arah pencapaian prestasi yang lebih cemerlang, berkesan dan berimpak tinggi.
Melalui sesi perbincangan, pembentangan dan libat urus yang dilaksanakan, program ini turut membuka ruang kepada penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi organisasi. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada Kumpulan Johor Biotech untuk terus melangkah lebih progresif, berdaya saing dan mampan.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada
Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan
Ketua Pegawai Eksekutif
Serta Warga Kerja Kumpulan Johor Biotech
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Aras G, Desaru Utama Clubhouse, Jalan Jati 1, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar
Kota Tinggi
81930
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |