SyauFaa Bizz
๐ฟ POPCORN CARAMEL RICH โ 1KG ๐ฟ
Sekali buka plastikโฆ susah nak berhenti ๐
โจ Salut caramel pekat & wangi
โจ Rangup tahan lama, tak liat
โจ Manis ngam-ngam, tak muak
โจ PEK BESAR 1KG โ boleh makan ramai-ramai
Ttok : https://vt.tiktok.com/ZSaHSno3c/
Sopi : https://my.shp.ee/td3b7jy?smtt=0.0.9
Sesuai untuk:
โ๏ธ Kudap petang
โ๏ธ Majlis & kenduri
โ๏ธ Stok jualan
โ๏ธ Layan movie malam ๐ฌ
๐ฆ Dibungkus kemas & fresh.
*Diusahakan oleh Rumah anak yatim & asnaf. Sambil MAKAN sambil BANTU ๐ฅฐ
08/12/2025
Ramai mak ayah rasa diri sihat sebab masih boleh kerja, urus rumah, kejar anak ke sana sini. Tapi bila buat ujian darah, tiba tiba doktor beritahu fungsi buah pinggang sudah menurun, kreatinin p**a naik. Masa itu baru sedar, rupanya penyakit ini datang senyap tanpa tanda jelas.
Selalu kita fikir sakit buah pinggang datang sebab kencing manis dan darah tinggi sahaja. Betul, tapi ada beberapa tabiat harian yang nampak โnormalโ, padahal perlahan lahan memberi beban pada buah pinggang awak. Ramai buat bukan sebab sengaja, tapi sebab nak hilangkan sakit, nak jimat masa, nak teruskan hidup.
Antara 5 benda yang ramai tak sangka boleh rosakkan buah pinggang:
1. Tahan kencing terlalu lama dan jarang minum air kosong, terutama mak ayah yang drive jauh, kerja kaunter, atau cikgu yang susah tinggalkan kelas.
2. Ubat tahan sakit yang diambil hampir setiap hari tanpa nasihat doktor, untuk sakit lutut, pinggang, atau sakit kepala yang berpanjangan.
3. Jamu, herba, ubat kurus dan โsupplement tradisiโ yang tidak berdaftar, diambil bertahun tahun tanpa pemeriksaan darah berkala.
4. Minuman bergula dan air manis setiap hari, yang akhirnya membawa kepada kencing manis dan darah tinggi.
5. Makanan tinggi garam seperti mi segera berkuah, jeruk, kudapan masin, kicap dan sos yang dicurah berlebihan dalam hampir setiap hidangan.
Kalau awak rasa pernah buat lebih daripada satu dalam senarai ini, jangan terus salahkan diri. Anggap ini sebagai petanda awal untuk mula sayang buah pinggang sementara masih sempat. Kurangkan tabiat tabiat ini, biasakan air kosong, dan berbincang dengan doktor kalau memang selalu ambil ubat tahan sakit atau produk tambahan.
Buah pinggang yang rosak tidak bising, tapi bila sampai tahap dialisis, masa, tenaga dan emosi satu keluarga akan terkesan. Hari ini mungkin awak masih mampu bertahan, tapi esok belum tentu sama. Jom pelan pelan ubah tabiat, demi diri sendiri dan anak anak yang sedang membesar depan mata.
03/12/2025
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Doa Awan Mendung dan Hujan Turun
ุนููู ุงููู
ูููุฏูุงู
ู ุนููู ุฃูุจูููู ุฃูููู ุนูุงุฆูุดูุฉู ุฃูุฎูุจูุฑูุชููู ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฑูุฃูู ุณูุญูุงุจูุง ู
ูููุจูููุง ู
ููู ุฃููููู ู
ููู ุงููุขููุงูู ุชูุฑููู ู
ูุง ูููู ููููู ููุฅููู ููุงูู ููู ุตูููุงุชููู ุญูุชููู ููุณูุชูููุจููููู ููููููููู ุงููููููู
ูู ุฅููููุง ููุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุดูุฑูู ู
ูุง ุฃูุฑูุณููู ุจููู ููุฅููู ุฃูู
ูุทูุฑู ููุงูู ุงููููููู
ูู ุตููููุจูุง ููุงููุนูุง ู
ูุฑููุชููููู ุฃููู ุซูููุงุซูุฉู ููุฅููู ููุดููููู ุงูููููู ุนูุฒูู ููุฌูููู ููููู
ู ููู
ูุทูุฑู ุญูู
ูุฏู ุงูููููู ุนูููู ุฐููููู
Daripada Al-Miqdam daripada ayahnya bahawa Aisyah RA telah memberitahu beliau bahawa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak dari mana-mana arah ufuk, baginda akan meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sambil mengadap kearah awan itu dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkan awan itu dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah
2. Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah yang dibawa bersama awan seperti angin, petir, rebut juga banjir.
ุงููููููู
ูู ุฅููููุง ููุนููุฐู ุจููู ู
ููู ุดูุฑูู ู
ูุง ุฃูุฑูุณููู ุจููู
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya
3. Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun (dibaca 2-3 kali):
ุงููููููู
ูู ุตููููุจูุง ููุงููุนูุง
Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) ini sebagai curahan yang bermanfaat (penuh keberkatan).
4. Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. (Lihat: Fath al-Bari, 518/2)
5. Hujan adalah rahmat, tetapi tidak semua hujan memberi manfaat. Islam mengajar kita berdoa agar hujan yang turun membawa kebaikan, bukan kemudaratan.
6. Jika awan berlalu tanpa hujan, kita disuruh tetap memuji Allah, sebagai tanda sifat bersyukur yang berterusan.
Marilah kita mengamalkan doa ini jika melihat awan berarak juga hujan yang turun. Moga hujan yang turun mendatangkan manfaat bukan musibah.
12hb Jamadil Akhir 1447H
03hb Disember 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Kota Tinggi
81900