Institute for Development Studies - Sabah
11/06/2026
𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐙𝐨𝐧 𝐊𝐮𝐝𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Penganjuran Bengkel Keusahawanan DAYANG Zon Kudat 2026 kali ini menyaksikan daerah Pitas dan Kota Marudu dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program, dengan kedua-dua bengkel berlangsung secara serentak di Mini Dewan, Pejabat Daerah Pitas dan Dewan Terbuka Tandek, Kota Marudu.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperluas capaian maklumat serta membuka ruang penerokaan peluang pembiayaan kepada usahawan wanita Sabah, khususnya di sekitar daerah Pitas dan Kota Marudu, melalui Pakej Pinjaman DAYANG.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat, antaranya sesi perkongsian daripada pihak Majlis dan Pejabat Daerah berkaitan proses permohonan pelesenan perniagaan. Perkongsian inspirasi daripada Penasihat dan Mentor Program DAYANG, iaitu Encik Azizul Julirin dan Profesor Dr. Jidon Janaun, turut memberi suntikan motivasi serta memperkukuh semangat keusahawanan dalam kalangan peserta.
Selain itu, Puan Angeline Liew turut membentangkan pengisian berkaitan Program Mentoring DAYANG sebagai satu pendekatan bimbingan berstruktur bagi membantu usahawan wanita membina hala tuju perniagaan yang lebih mampan. Bagi bengkel di daerah Pitas, sesi perkongsian turut diperkaya dengan kehadiran Penasihat Kewangan AKPK Kota Kinabalu, Encik Wellmexsion Marayal, yang menyampaikan perkongsian berhubung pengurusan kewangan.
Kemuncak program diteruskan dengan sesi taklimat daripada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) berkaitan Pakej Pinjaman DAYANG, yang menjadi antara komponen utama dalam usaha memperkasakan akses pembiayaan kepada usahawan wanita.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat menjadi wadah strategik dalam memperkukuh pengetahuan, jaringan serta keyakinan usahawan wanita Sabah untuk terus melangkah maju, berdaya saing dan membina masa depan perniagaan yang lebih lestari.
08/06/2026
Anugerah Buku Borneo kini membuka penyertaan kepada penulis, penerbit dan penggiat industri buku yang telah menyumbang kepada perkembangan dunia penulisan di Sabah dan Borneo.
Program ini merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institusi Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS).
Kategori yang dipertandingkan:
✨ Anugerah Buku Terbaik
✨ Anugerah Penulis Buku Terbaik
✨ Anugerah Penerbit Buku Terbaik
Sekiranya anda mempunyai karya yang memberi impak, penulis yang wajar diketengahkan, atau penerbit yang aktif memartabatkan dunia buku, inilah peluangnya.
📲 Imbas kod QR untuk borang penyertaan.
📩 Borang penyertaan dihantar ke: [email protected]
📅 Tarikh tutup penyertaan: 2 Julai 2026 (Khamis), 5.00 petang
Raikan karya Borneo. Angkat suara tempatan. Sertai sekarang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Lot 2-5 Wisma IDS
Kota Kinabalu
88300