Page Rasmi - Majlis Belia Sabah

Page Rasmi - Majlis Belia Sabah

Share

08/07/2026

🕌 SEMINAR FIQH BELIA 2026 ✨

📖 Ayuh sertai Seminar Fiqh Belia 2026 dan hayati pengisian yang membimbing belia menghadapi cabaran masa kini berlandaskan ilmu dan syariat.

📅 12 Julai 2026 (Ahad)
🕗 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Kolej Komuniti Tawau

🌟 "Fiqh Untuk Hari Ini, Belia Untuk Masa Hadapan"

Jangan lepaskan peluang menimba ilmu bersama para panel jemputan sempena Karnival Belia Sabah 2026.

07/07/2026

🎉⏳ LAGI 3 HARI MENUJU KARNIVAL BELIA SABAH 2026! ⏳🎉

Hanya 3 hari lagi! Debaran semakin terasa menjelang Karnival Belia Sabah 2026, festival belia terbesar yang bakal menghimpunkan ribuan belia dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, menghiburkan dan penuh inspirasi.

📅 10–11 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
📍 Kompleks Sukan Tawau

🎊 Pelbagai pengisian menarik menanti anda:

🏃‍♂️ Fun Run Menggerak Belia Sabah Maju Jaya
🎮 Kejohanan E-Sukan (Mobile Legends & PUBG Mobile)
💪 Arm Wrestling, Orang Kuat Sabah & cabaran kecergasan
🛹 Skateboard Competition & Kejohanan Dart
🎭 Persembahan kebudayaan kreatif, hiburan pentas & Stand Up Comedy
🎬 Casting Belia Sabah bersama pengarah filem tempatan
🕌 Program kerohanian, motivasi dan pembangunan sahsiah belia
💼 Pameran kerjaya, TVET, pendidikan & inovasi teknologi
🚀 Pameran keusahawanan, showcase produk belia serta peluang perniagaan
🌱 Pameran pertanian moden (Hidroponik)
🧠 Program kesihatan mental, kesejahteraan belia & demonstrasi pertolongan cemas
🤝 Aktiviti komuniti, Scout's Passport Challenge, kuiz dan pelbagai booth agensi
🎁 Cabutan Tiket Bertuah dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi!

✨ Sama ada anda seorang pelajar, belia, usahawan, pencari kerja, peminat sukan, seni, teknologi atau hadir bersama keluarga, Karnival Belia Sabah 2026 menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna.

📢 Jangan tunggu lagi! Rancang perjalanan anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan memeriahkan Karnival Belia Sabah 2026.

🔥 Lagi 3 hari! Kita jumpa di Kompleks Sukan Tawau!

05/07/2026

🎤🌟 TINGKATKAN POTENSI KEPIMPINAN ANDA DI KARNIVAL BELIA SABAH 2026! 🌟🎤

Ingin menjadi pemimpin yang bukan sekadar memegang jawatan, tetapi mampu memberi inspirasi dan membawa perubahan? Sertai "From Title to Influence: Leadership School" dan pelajari bagaimana membina pengaruh, keyakinan serta kemahiran kepimpinan melalui pengalaman yang interaktif dan menyeronokkan.

📅 12 Julai 2026 (Ahad)
🕘 9.00 Pagi
📍 Persekutuan Persatuan Cina Tawau
(Program sempena Karnival Belia Sabah 2026)

💡 Apa yang bakal anda alami?
✨ Aktiviti interaktif dan menyeronokkan
🤝 Cabaran berkumpulan yang membina kepimpinan
🧠 Perkongsian ilmu yang praktikal dan relevan
🎯 Perbincangan serta latihan berasaskan situasi sebenar
🌱 Membina keyakinan, komunikasi dan semangat memimpin

🎙️ Bersama:
Max Voo
Trainer | Speaker | Leader

📢 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman pembelajaran yang berbeza daripada kelas biasa. Datang untuk belajar, pulang dengan inspirasi dan kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan serta organisasi.

🔥 Daftar sekarang, tempat adalah terhad!

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Arena Belia, Taman Winley, Kepayan
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00