Consultancy For Post-Graduate Research

Consultancy For Post-Graduate Research

Share

17/08/2017

18..masalah kajian

Berfikir ttg masalah kajian bg klgn pelajar pasca ibarat melerai benang2 yg kusut berpintal... mengelirukan, s**ar dan meletihkan minda. Kerap berlaku munculnya "instant idea" merangka "apa yg sepatutnya berlaku". Jika ini yg berlaku maka pelajar sebenarnya tlh "jump into conclusion" tanpa mengkaji mengapa ia berlaku.

Masalah wujud krn adanya interaksi pelbagai variabel. Rujukan kajian2 lepas akn sgt membantu memahami konsep & corak interaksi antara variabel2.

Ingat... membuat rujukan bermakna membina perspektif thdp interaksi variabel2

cc - Khalid Johari

Photos 02/05/2017

12

Teori & model...
Konsep Teoritikal
Penentuan variabel-variabel yang hendak dikaji telah dilakukan dalam fasa perancangan. Di peringkat ini, penyelidik perlu menerangkan kepada pembaca bagaimana timbulnya idea perkaitan antara variabel “X” dan “Y”, atau mengapa variabel “X” menjadi variabel bebas (IV) manakala variabel “Y” dipilih sebagai variabel bersandar (DV). Penerangan terbaik adalah dengan bersandarkan kepada teori-teori sedia ada sebagai rujukan untuk menghuraikan corak perkaitan atau kedudukan variabel-variabel.

Teori merupakan sistem yang menjelaskan tentang sesuatu keadaan atau struktur berdasarkan kepada prinsip-prinsip umum. Ia merupakan dapatan yang dibuktikan menerusi kajian-kajian empirik. Kebanyakan teori yang digunapakai oleh kalangan penyelidik adalah teori-teori yang telah berulang kali diuji dan masih mampu bertahan atas sifatnya yang bergerak atas prinsip-prinsip yang umum. Misalnya, teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov, Perkembangan Sosial (Erikson), Perkembangan Kognitif (Piaget), Penaakulan Moral (Kohlberg) dan sebagainya.

Teori berfungsi memperjelas corak interaksi antara variabel kajian; cara mana perkaitan berlaku antara variabel bebas dengan variabel bersandar. Penyelidik bukanlah sewenang-wenangnya memilih mana-mana variabel yang dikehendaki tanpa sandaran teori yang kukuh serta disokong oleh pakar-pakar terdahulu. Dengan pemilihan sesuatu teori daripada beberapa teori berkaitan yang dinyatakan dalam Bab 2, penyelidik hendaklah memberi justifikasi yang jelas tentang kekuatan teori berkenaan selaras dengan kehendak tujuan kajian.

Kerangka Teoritikal
Penentuan sesuatu teori sebagai rujukan juga bermakna penyelidik terikat pada ruang lingkup prinsip-prinsip teori berkenaan, atau juga dikenali sebagai sempadan kontekstual berkaitan interaksi antara variabel. Kerangka teoritikal lebih mudah difahami kerana ianya merupakan rumusan visual daripada teori yang dipilih, atau juga dikenali sebagai model. Ia dibina oleh para penyelidik untuk menguji kekuatan sesuatu teori.

cc - Khalid Johari

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kota Kinabalu
88400