Juara Bundle Collection

Juara Bundle Collection

Share

Untitled album 01/06/2018

ANDA SELALU PAKAI SELUAR DENIM? WAJIB BACA TIPS PENJAGAAN NI !
Biarpun material denim antara yang tahan lama, tak semestinya penjagaannya perlu cincai saja. Francine Rabinovich, Pakar dan Pengasas Denim Therapy melalui satu temubual menjawab segala pertanyaan mengenai tekstil kegemaran anda ini
1. Sebenarnya, seluar denim perlu dicuci dengan mesin atau tangan?

✔ Lagi kurang seluar denim dicuci, lagi bagus. Jika mahu dicuci dengan mesin, pastikan kamu memilih setting lembut atau jeans. Cuma elakkan daripada memasukkannya ke dalam mesin pengering.
2. Apa caranya untuk mencuci seluar denim yang sarat perhiasan?

✔Jangan basuh langsung! Jika nak hilangkan bau, masukkan ke dalam beg Ziploc dan letak dalam bahagian freezer semalaman.
3. Bagaimana dengan penjagaan seluar denim gelap dan yang terang?

✔ Untuk mengekalkan warna pada seluar denim gelap, ia perlu dicuci dengan air sejuk. Manakala denim terang, boleh guna air suam
4. Macamana p**a dengan denim berwarna atau bercorak?

✔ Denim adalah kain tahan lasak jadi lebih kurang ia dicuci, lebih bagus. Untuk mengelakkan warna turun, terbalikkan denim dan cuci dengan air panas. Kemudian, masukkan setengah cawan cuka untuk kekalkan warna. Apa-apa pun, baca label pada seluar untuk arahan mencuci.
5. Apakah nasihat kamu sebelum seluar denim dihantar untuk ubah suai?

✔ Rancang dulu idea kamu. Jika ia perlu di kelim, pastikan jenis kasut yang mahu digayakan dengannya nanti. Jika saiz perlu diubah, pastikan kamu cuci dulu sebelum diukur
6. Nasihat buat mereka yang mahu memotong seluar denim menjadi pendek?

✔ Pakai dulu dan tandakan bahagian yang ingin dipotong. Potong lebih panjang daripada paras yang ditandakan sebelum paras yang kamu mahu. Letak seluar denim di atas meja dan potong secara menyerong. Terbalikkan, dan potong bahagian lagi satu p**a
7. Mana satu yang bagus. Yang murah atau yang mahal?

✔ Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, antaranya kualiti dan kesesuaian. Selalunya seluar denim yang mahal telah melalui banyak proses regangan, jadi kualitinya lebih baik daripada yang murah
8. Cara menjaga seluar denim dengan gabungan fabrik (contoh: kulit dan denim)?

✔ Ikut saja arahan penjagaan seluar denim pada label
9. Berapakah harga minimum untuk melabur pada sepasang seluar denim yang baru?

✔ Sekali lagi, ia bergantung pada bajet dan cita rasa kamu
10. Apakah trik dan teknik untuk memiliki ripped jeans?

✔ Yang kamu perlu hanya gunting dan kertas pasir. Gosok, dan gunting.

Sila share jika anda rasa bermanfaat
Kredit artikel asal: Lauren Valenti

p/s : JBC menawarkan diskaun 20% untuk pembelian seluar jeans sempena bulan Ramadhan . Whatsapp segera ke 013-8807393 !

Untitled album 31/05/2018

SELUAR JEANS TERKINI !!!!!!

Nak bergaya dengan JEANS BRANDED ??? Tapi MAHAL !!!!

Admin ada solution untuk anda 😉

👉 Murah & Berkualiti
👉Sesuai digayakan untuk kerja, ke kelas dan travel
👉Kain sedap pakai

DETAIL
🔘 SAIZ : 28 ➡ 36
🔘 CUTTING : Skinny / Slim Fit
🔘 Kain tahan lasak
🔘 Zip
🔘 Strechable

Harga macam mana p**ak ❓❓❓❓

RM70 !!!

MAHALNYA???

🎊 HARGA PROMOSI 🎊
Promosi Kaamatan!!!!

1 HELAI = RM50

BERMINAT ???

Boleh whatsapp admin😁
http://www.wasap.my/+60138807393/

Untitled album 31/05/2018

15 LANGKAH MUDAH BERFESYEN UNTUK LELAKI..WAJIB BACA UTK YANG NAK HANDSOME!
Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja?
Mungkin kerana penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya.
1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan.
Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna.
Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai.
5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur.
Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal.
Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.
7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki.
Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.
10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda s**a. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.
11.Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart.
Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.
12.Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda.
13. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
14.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley?
Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.
15.Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.
Credit to: Rich Branded

Whatsapp +60138807393 sekiranya anda ingin admin bantu menyelesaikan masalah fesyen anda

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 88, 3rd Floor, Jalan Gaya
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00