Kor Sispa UMS
01/06/2026
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐗𝐕𝐈𝐈
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah ingin merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pada 1 Jun 2026 bersamaan 16 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Sesungguhnya, kami memanjatkan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilimpahi kesejahteraan serta beroleh keberkatan dalam setiap titah dan langkah.
Dirgahayu Tuanku.
Sembah takzim dan junjungan kasih daripada kami seluruh warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah
31/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊
Semoga hari Wesak ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat mereka dan sekeluarga yang menyambut. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, keharmonian dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.
Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah
30/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍
_Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian_
Semoga sambutan Kaamatan ini menjadi wadah untuk mempereratkan ukhuwah, memupuk semangat perpaduan dan mengekalkan nilai tradisi dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga budaya dan warisan yang diwarisi terus dipelihara agar kekal mekar untuk generasi akan datang.
Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah
𝐑𝐄𝐂𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑 𝐒𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai kadet Kor SISPA UMS kampus Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan yang telah berjaya menjalani kem latihan medan 2026 dari 23 Mei sehingga 25 Mei 2026.
Semoga pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dapat menjadikan diri setiap pegawai kadet lebih berdisiplin, berjiwa kental dan mempunyai mentaliti yang kuat.
25/05/2026
𝐊𝐄𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2026
Tempat : Outdoor Development Center (ODEC), Pejabat Kor SISPA UMS
Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula daripada tarikh 23 Mei sehingga 25 Mei 2026 dengan penglibatan seramai 186 pegawai kadet Kor SISPA daripada Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu, kampus Sandakan dan kampus Labuan.
Kem ini bertujuan untuk membentuk jati diri, meningkatkan kemahiran asas dalam pertahanan awam serta memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pegawai kadet Kor SISPA UMS.
Sepanjang kem berlangsung, pegawai kadet telah menjalani pelbagai aktiviti yang meningkatkan pengetahuan asas, lasak dan juga mencabar. Antaranya termasuklah kelas teori dan praktikal menghidupkan api, membuat gajet dan usungan yang dijalankan pada sebelah pagi dan petang untuk hari pertama. Pada sebelah malam, pegawai kadet telah menyertai Mara Lasak sejauh 20km.
Hari kedua diteruskan dengan teori dan praktikal pendirian pondok serta masakan bencana. Pada sebelah petang, kem diteruskan dengan SISPA Challenge yang melibatkan aktiviti Beach Flag dan Beach Sprint Relay bagi meningkatkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam setiap skuad. Malam Kebudayaan diadakan pada sebelah malam hari kedua. Setiap skuad mempersembahkan kreativiti masing-masing dalam pertunjukan bakat yang pelbagai seperti lakonan, sketsa, nyanyian dan tarian.
Kem ini selesai pada tarikh 25 Mei 2026 dengan Majlis Penutupan Perasmian dan Penyampaian Hadiah kepada tiga skuad terbaik, yang disempurnakan oleh YBhg. PPJ. Kehormat (PA) Prof. Datuk Dr. Rossita Binti Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor SISPA UMS. Turut Hadir Mej. (PA) Aizex Junior Simon Ketua Zon Kota Kinabalu merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu dan Ketua Jurulatih Kor Sispa UMS, YBhg Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry binti F. Michael Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS, Kapt. (PA) Bersekutu (PA) Ag Nasip Bin Yunos Pegawai Bersekutu Kor Sispa UMS dan Kapt. (PA) Sulaiman Bin Salama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan merangkap Penyelaras Kor Sispa Kampus UMS Sandakan.
Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun Prof. Datuk. Dr. Rossita Binti Shapawi sebagai tanda penghargaan dan ukhuwah dalam organisasi Kor SISPA UMS.
Dengan berakhirnya Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026, diharapkan agar semua pegawai kadet dapat memperoleh pengalaman yang berharga,semangat kerjasama berpasukan yang baik, komunikasi efektif, daya tahan fizikal dan mental dan semangat yang tinggi dan lebih membara dalam menghadapi cabaran sebagai bakal pegawai yang berwibawa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pejabat Kor SISPA, Beg Berkunci 2073, Outdoor Development & Education Centre (ODEC) , Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88999
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |