Music Rights Sabah Berhad
20/03/2026
MRS mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Maaf zahir dan batin.
17/03/2026
17 Mac 2025 : Mesyuarat perbincangan bayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Muzik Etnik Tempatan sempena Pesta Kaamatan Negeri Sabah Tahun 2026 di bilik mesyuarat Kementerian Kerja Raya Sabah.
18/02/2026
MRS mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.
16/02/2026
MRS ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 🐎🐎🐎
Semoga Tahun Baru ini membawa kita semua kepada kegembiraan, cinta dan kedamaian.
Gong Xi Fa Cai.
24/12/2025
Merry Christmas 2015 and Happy New Year 2026.
02/12/2025
MRS Sambut Baik Penubuhan Agensi Ekonomi Kreatif Sabah KOTA KINABALU – Music Rights Sabah Berhad (MRS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menter...
02/12/2025
Kenyataan Media
Music Rights Sabah Berhad
1. Music Rights Sabah Berhad (MRS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baharu pimpinan Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor serta seluruh ahli kabinet menteri yang dilantik.
2. Sebagai sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang mentadbirurus hak lagu etnik tempatan Sabah, MRS menyambut baik pendekatan Kerajaan Negeri Sabah mewujudkan sebuah agensi berkaitan ekonomi kreatif di negeri melalui Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
3. MRS berharap usaha yang baik ini akan dapat memperkukuhkan jaringan ekosistem melibatkan muzik etnik tempatan ke arah pengujudan status industri di negeri ini. Penggiat muzik etnik tempatan yang terdiri daripada pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dan syarikat penerbit tempatan akan menikmati manfaat ini.
4. MRS bersedia menjadi sebahagian daripada usaha ini demi kemajuan ekonomi kreatif Sabah dan akan terus memainkan peranan sebagai sebuah CMO di negeri Sabah yang bertanggungjawab dalam aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik etnik tempatan selaras dengan aspirasi pentadbiran kerajaan negeri.
Sekian.
Tarikh : 03 Disember 2025
Mohd Ashraf Abdullah
Pengarah Urusan
Music Rights Sabah
02/12/2025
02 Disember 2025 :
Music Rights Sabah (MRS) mengucapkan tahniah kepada Penasihat Undang-Undangnya, Yang Berhormat Datuk Roger Chin atas pelantikan beliau sebagai salah seorang daripada enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik dalam satu majlis angkat sumpah penuh istiadat di Istana Seri Kinabalu.
Daripada :
Tuan Ashraf Abdullah
Pengarah Urusan & Ahli Lembaga Pengarah
Tuan Justin Juani
Ahli Lembaga Pengarah
En.Ronney Ajim
Pengurus Pelesenan (Operasi)
Pn.Latina Lumidang
Pengurus Dokumentasi Keahlian
Dan warga kerja serta seluruh ahli MRS.
01/12/2025
Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) MYIPO Sabah
28/10/2025
MRS mengucapkan tahniah kepada YB Tuan Riduan Rubin (Ahli Parlimen Tenom) atas lantikan sebagai Pengerusi Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) yang baharu 🤩
MRS tidak terima lagu etnik tempatan Sabah janaan AI.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Lot 31, Block F, 1st Floor (F-1-11), Suria Inanam, Tuaran Bypass Road
Kota Kinabalu
88400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |