LS
The Intelligent Investor 6 - General Portfolio Policy : The Defensive Investor
1. Seperti yang diceritakan pada peringkat pengenalan, Defensive Investor adalah pelabur yang tidak mahu risiko besar, komitment (Usaha mengkaji) yang rendah dan jarang membuat keputusan.
2. Portfolio asas yang dicadangkan adalah 25% bond, maximum 75% saham. Portfolio ini diubah suai mengikut objektif masing-masing sehingga minimum 25% saham dan 75% bond.
3. Graham mencadangkan agar portfolio ini diubah sekiranya pelabur merasakan pasaran berubah dari bearish ke bullish dan sebaliknya. Sebagai contoh Pelabur A menyimpan 50% didalam bond dan 50% didalam saham, sekiranya harga saham menaik, Pelabur A hendaklah mengurangkan pegangan sedikit demi sedikit didalam saham dan memindahkan pada bond sehingga pegangan bond maksimum 75%. Sekiranya pasaran sedang dalam keadaan bearish, maka pegangan saham hendaklah ditambah sehingga mencapai maksimum 75% pegangan saham.
4. Didalam bab ini, Benjamin Graham menceritakan pelbagai jenis bond yang terdapat dipasaran US ketika itu seperti US Saving bond, State Bond, bond koperat, convertible issue dan non-convertible -preferred stock. Bagi semua jenis bond tersebut, bond fund agak baik sekiranya mahukan diversification dan mengelakkan default risk bagi sesebuah bond. Kos pembelian juga agak kecil dan mampu dibeli oleh pelabur runcit.
5. Jasin Zweigh menambah didalam syarahan beliau, bagi menentukan peratusan saham dan bond bagi seseorang pelabur, beberapa persoalan seharusnya difikirkan sebelum mula melabur. Persoalan ini penting bagi mengukur sejauhmana keperluan seorang pelabur terhadap kecairan asset dan cash (tunai). Sekiranya seseorang memerlukan cash yang tinggi, maka peratusan bond hendaklah sentiasa tinggi bagi menghadapi hari-hari bearish. Diantara soalan tersebut adalah: -
a) Adakah pelabur bujang/berkhawin
b) Adakah pelabur bakal memiliki anak.
c) Apa factor yang mungkin menjejaskan kerjaya pelabur
d) Adakah pelabur memerlukan duit yang telah dilaburkan sebagai emergency fund
e) Berdasarkan gaji dan pendapatan anda sebanyak mana anda mampu untuk rugi?
6. Jika persoalan ini telah dijawab oleh diri sendiri, maka sesuaikan imbangan portfolio mengikut kesesuaian masing-masing. Portfolio diubah sekiranya keadaan-keadaan diatas berubah.
Bersambung….
The Intelligent Investor 7 - The Defensive investor and Common Stock
16/02/2019
Alhamdulillah.
EPF declares 6.15% for conventional savings, 5.9% for shariah - Nation | The Star Online KUALA LUMPUR (Bernama): The Employees Provident Fund (EPF) has declared a dividend rate of 6.15% for Conventional Savings 2018, with payout amounting to RM43bil and 5.9% for Shariah Savings 2018, with a payout amounting to RM4.32bil.
The Intelligent Investor 2 - Jenis-Jenis Pelabur
Benjamin Graham menerangkan bahawa prinsip asas pelaburan seharusnya tidak berubah dari tahun ke tahun, dekad ke dekad, tetapi aplikasi prinsip ini mestilah disesuaikan dengan perubahan besar yang berlaku pada iklim dan mekanisma kewangan.
Terdapat dua jenis pelabur yang diterangkan di dalam buku The Intelligent Investor dimana mereka mempunyai ciri-ciri berbeza diantara satu sama lain. Pelabur tersebut adalah :-
1. Defensive Investor (Passive)
• Matlamat utama mereka adalah menghindari kerugian
• Komitment dan usaha yang rendah.
2. Enterprising Investor (Active or aggressive)
• Komitmen yang tinggi untuk meluangkan masa dan usaha yang kuat untuk memilih syarikat yang bagus
• Menjangkakan keuntungan yang lebih sedikit (slightly) daripada defensive investor bukanya keuntungan yang terlalu besar (significantly).
Jason Zweig mengulas berkenaan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Intelligent Investor oleh Benjamin Graham. Bagi mereka, untuk menjadi Intelligent Investor tidak semestinya seseorang perlu mempunyai IQ yang tinggi. Kerana bagi Benjamin, menjadi sabar, berdisiplin, komited untuk belajar dan bijak mengawal emosi adalah sifat yang lebih utama perlu ada pada Intelligent Investor.
Jason Zweig membawa kisah Sir Isac Newton yang terkenal dengan teori fizik juga dikenali sebagai orang yang genius dan mempunyai IQ tinggi tetapi gagal untuk mengawal emosi ketika melabur. Beliau menceritakan pada tahun 1720, Sir Isac Newton telah membeli saham South Sea Company yang mana merupakan saham panas “hot stock” ketika itu di England. Kemudian beliau menjualnya dan mendapat keuntungan segera sebanyak 7,000 pound. Beberapa bulan kemudian, Newton membeli semula saham tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi disebabkan keadaan pasaran yang terlalu bullish sehinggakan mereka merasakan ianya akan sentiasa bullish. Namun diceritakan bahawa saham tersebut telah jatuh merudum dan Newton menjualnya dengan kerugian 20,000 pound.
Berdasarkan kisah tersebut, Jason menyimpulkan bahawa kegagalan seorang pelabur bukan lah disebabkan kebodohan mereka, tetapi disebabkan kegagalan pelabur mengawal emosi dan terpengaruh dengan pasaran yang tidak rasional. Pasaran tidak rasional itulah yang diterangkan oleh Benjamin seperti sebuah pendulum yang berhayun diantara optimis (making stock too expensive) dan pesimis (too cheap).
Bersambung…
The Intelligent Investor 3 - Investment vs Speculation
Lamin
016-8108247
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
University Apartment Phase 2
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 12:00 - 14:00 |
| Tuesday | 12:00 - 17:00 |
| Wednesday | 17:00 - 23:00 |
| Thursday | 17:00 - 23:00 |
| Saturday | 07:00 - 12:00 |
| Sunday | 07:00 - 12:00 |