Perkep Sabah - Rasmi
09/02/2026
JUALAN RAHMAH ANJURAN BIRO IKS BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN NEGERI SABAH
Tarikh: 8hb Februari 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dataran Kawad, IPK Sabah
KEHADIRAN
1. YB Datuk Armizan binti Mohd Ali, Menteri KPDN
2. YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah
3. YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
4. Ketua – Ketua Jabatan, Ketua – Ketua Formasi, dan Ketua -Ketua Polis Daerah
5. Datin- Datin Ketua Biro , Urusetia, pengerusi -pengerusi PERKEP Daerah, ahli
ATURCARA
7.00 Pagi
- Ketibaan semua pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, ahli perkep dan orang awam
7.30 Pagi
- Program Senam Sihat Aerobics Dynamic
8.00 Pagi
- Program jualan RAHMAH MADANI bermula
8.30 Pagi
- Cabutan tiket bertuah (7 cabutan terawal)
- Persembahan artis
8.55 Pagi
- Ketibaan YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah bersama isteri YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah
9.00 Pagi
- Ketibaan Program YB Datuk Armizan bin Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Penyampaian Hadiah Tiket Bertuah (7 Cabutan Awal)
- Cabutan Tiket Bertuah Utama (3 Cabutan)
- Sesi Happy Hour Jualan RAHMAH MADANI
- Penyampaian Cenderahati
- Penyerahan Sumbangan Bakul RAHMAH
- Sesi Walkabout Program Jualan RAHMAH MADANI dan Menu RAHMAH
- Jamuan Makan
2.00 petang
- Selesai Program Jualan RAHMAH
ULASAN
1. Program Jualan RAHMAH MADANI ini merupakan anjuran BIRO IKS PERKEP Kontinjen Sabah bersama KPDN Negeri Sabah.
2. Selari dengan konsep program bagi Kontinjen Sabah pada tahun ini yang berkonsepkan Kebajikan dan Kesejahteraan.
3. Dengan adanya program ini, selain warga PDRM, orang awam turut dapat berbelanja dengan harga RAHMAH bagi persediaan sambutan Tahun Baru Cina Dan Ramadhan Al-Mubarak.
4. Bersama ini disertakan gambar-gambar sepanjang program.
Sekian, terima kasih
08/01/2026
LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH
Tarikh: 8 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi – 13.30 T/hari
Lawatan kebajikan telah dihadiri oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah), YBhg. Puan Emmy binti Suin
(KB Kebajikan) dan 10 ahli PERKEP
PESAKIT YANG DILAWATI
Nama: SJN ASLINA BINTI OLGA
Jabatan: Pancaragam, Jab. Pengurusan
Nama: SJN IMRAN BIN WASLI
Jabatan - Pengangkutan, Jab. Logistik
Nama: KONST SHERIN BIN MULIS
Jabatan - TSM, Jab. Logistik
ULASAN
Lawatan ini diadakan dengan tujuan memberi sokongan moral dan motivasi kepada ahli PERKEP agar terus tabah serta bersemangat dalam menghadapi kehidupan seharian.
Program ini juga mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan PERKEP Kontinjen Sabah yang diterajui oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah terhadap warga keluarga Polis yang berkhidmat di Kontinjen Sabah.
Semasa lawatan, PERKEP Kontinjen yang diwakili oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesakit yang dilawati.
Bersama ini disertakan gambar semasa lawatan.
22/12/2025
AKTIVITI PENUTUPAN PROGRAM PERKEP KONTINJEN SABAH TAHUN 2025
TARIKH / MASA
Tarikh : 12 – 14 Disember 2025 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Happy Village, Kundasang
KEHADIRAN
1.YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
2. YBhg. Datin Wan Hurani binti Osman (Ketua Biro Seni Budaya)
3. YBhg. Datin Siti Fatmah binti Mohamden (Ketua Biro Sosial)
4. YBhg. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif (Ketua Biro Aset)
5. YBhg. Puan Mahanum binti Sadli (Urusetia II PERKEP)
6. 20 Orang PERKEP
ULASAN LAWATAN
Aktiviti santai yang diadakan di Happy Village telah berlangsung dengan suasana yang ceria, harmoni dan penuh kemesraan. Program ini melibatkan pelbagai pengisian berbentuk rekreasi dan kekeluargaan antaranya aktiviti masak-masak secara bergotong-royong, senamrobik serta pelbagai permainan santai.
Aktiviti masak-masak telah memberi peluang kepada para peserta untuk bekerjasama, berkongsi tugas dan berinteraksi secara santai sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim. Senamrobik yang dijalankan dapat memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal serta menceriakan suasana program. Selain itu, pelbagai permainan (games) yang disediakan telah mencetuskan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gelak ketawa dalam kalangan peserta.
Secara keseluruhannya, aktiviti santai ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk beriadah dan melepaskan tekanan, malah berjaya memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dan hubungan mesra dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
07/11/2025
LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN SABAH KE ATAS ANGGOTA CAWANGAN ISTANA JABATAN PENGURUSAN
TARIKH / MASA
Tarikh: 7 November 2025 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Lot 26, Lorong 1, Taman Sg. Wang, Kinarut, Papar, Sabah.
KEHADIRAN
YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah(Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah)
YBhg. Datin Noorliza binti Ahmad(KB Sains Rumahtangga)
YBhg. Puan Emmy binti Suin
(KB Kebajikan)
YBhg. Puan Sharifah Norkiah binti Shalatif (Ketua Biro Aset)
DSP Wirawati binti Mohd Ali
(Setiausaha PERKEP Kontinjen Sabah)
ASP Siti Noorlilah binti Latip
(ASP Kebajikan / PERKEP)
Insp. Sabtumangadung binti Rudin (SU Biro Kebajikan JP)
Insp. Linda anak Kennedy (SU PERKEP IPD Papar)
(7) orang Ahli Biro Kebajikan
(1) orang Ahli PERKEP IPD Papar
ULASAN LAWATAN
Lawatan kebajikan ini diadakan bertujuan memberikan sokongan moral dan motivasi kepada ahli PERKEP agar terus tabah serta bersemangat dalam menghadapi kehidupan seharian, di samping mempereratkan hubungan silaturahim antara ahli.
Program ini juga mencerminkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan PERKEP Kontinjen Sabah yang diterajui oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah terhadap warga keluarga Polis yang berkhidmat di Kontinjen Sabah.
Lawatan berjalan dengan lancar dan turut disertakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli keluarga PERKEP Kontinjen Sabah.
(Disertakan gambar semasa lawatan)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Jalan Pahlawan
Kota Kinabalu
88560