UPPM Negeri Sabah

UPPM Negeri Sabah

Share

Photos from Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah's post 06/05/2026
Photos from UPPM Negeri Sabah's post 06/05/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮 (𝗨𝗣𝗣𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛)

2–4 MEI 2026 | PUSAT LATIHAN KENEGARAAN, KUNDASANG, SABAH

YBhg. Datuk Awang Kadin Tang, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah, telah menghadiri Majlis Penangguhan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Siri 2, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia, yang berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan, Kundasang.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam bermula dari 2 hingga 4 Mei 2026 ini telah melibatkan seramai 95 orang peserta yang terdiri daripada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan.

Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian program yang bermanfaat, termasuk sesi bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) pada malam hari kedua, serta sesi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi hari ketiga sebelum majlis penangguhan kursus.

Selain itu, program turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Datin Shonitah binti Terang yang telah menyampaikan slot perkongsian kepada para peserta sebagai sebahagian daripada pengisian kursus.

Majlis Penangguhan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Siri 2 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Kadin Tang pada 4 Mei 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia serta semua agensi yang terlibat atas penganjuran kursus ini yang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dalam memperkukuh kefahaman serta penghayatan konsep Malaysia MADANI dalam kalangan peserta.

Semoga program ini dapat terus memperkasa peranan UPPM dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan aspirasi Malaysia MADANI dengan lebih berkesan.

Photos from UPPM N62 SILAM's post 01/05/2026
01/05/2026

𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂

1 Mei 2026

"Di sebalik setiap kejayaan, ada keringat pekerja yang tidak pernah menyerah"

Photos from UPPM Negeri Sabah's post 30/04/2026

30 April 2026
YBhg. Datuk Awang Kadin Tang, Pengarah UPPM, menghadiri Hari Keempat Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketujuh Belas.

Photos from Laman Rasmi UPPM N.26 Moyog's post 29/04/2026
Photos from UPPM N.24 Tanjung Keramat's post 29/04/2026
Photos from UPPM N.08 Pintasan's post 29/04/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Menara Kinabalu (Pusat Pentadbiran Negeri Sabah) Aras 5, Blok A, Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu
88400