ZD Premier Car Rental

ZD Premier Car Rental

Share

13/04/2021

Borneo Quad Biking

Quad biking ataupun lebih dikenali sebagai ATV adalah salah satu aktiviti lasak yang wajib anda cuba untuk berseronok sambil menyelami keindahan alam semula jadi yang ditawarkan negeri Sabah.

Salah satu operator ATV yang menjadi pilihan ramai di sini adalah Borneo Quad Biking yang terletak di Kampung Mantob, kalau tak ‘mantap’ juga percutian anda, tak tahulah kenapa kan?

Di sini anda dapat melalui pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar dari laluan yang berlumpur hinggalah kepada kawasan yang curam. Sambil itu, deria mata anda akan dihidangkan dengan panorama indah kawasan perkampungan, sawah padi, kebun, hutan dan sungai. Mustahil untuk anda melupakan percutian ke Sabah dengan pengalaman seasyik ini.

06/03/2021

Mencari Kereta Sewa?
Zd Car Premier menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan sesuai untuk seisi keluarga yang ingin melancong ke Sabah.
Info lanjut :
Facebook : Zd Premier Car Rental
Instagram :
Blogspot : zdcarrental.blogspot.com
Website : zdcarrental.com
_______________
ZD Premier Car Rental ✈ menyediakan pelbagai pakej untuk anda semua yang ingin bercuti ke Sabah ⛰
Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara : ⬇
✔ Harian
✔ Mingguan
✔ Bulanan
Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kereta sewa Kota Kinabalu & Pakej Percutian di Sabah boleh terus hubungi kami di talian +60169176577 | +60174321125 |
Whatsapp kami : www.wasap.my/60169176577

15/02/2021

Tamu Pekan Beaufort

Tamu Pekan Beaufort adalah lokasi di mana anda boleh menemui hampir segalanya dari daging, ikan, sayuran, tanaman, herba, buah-buahan, pakaian bundle, aksesori dan bermacam lagi produk tempatan yang lain.

Terasa lapar? Jangan risau, gerai yang menjual makanan siap pun tak kurang banyaknya, dari kuih-muih, masakan soto, bakso, mee rojak dan banyak lagi boleh ditemui di sini.

Sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kereta di dewan berdekatan, di kawasan taman rekreasi atau di masjid daerah.

10/02/2021

SUNGAI KINABATANGAN

Sabah bukanlah sebuah muka bumi yang boleh dipandang sebelah mata, kerana ia bukan sahaja memiliki gunung yang tertinggi, tapi juga salah satu sungai yang terpanjang di Malaysia (selepas Sungai Rajang), iaitu Sungai Kinabatangan.

Berkepanjangan mencecah 560 km, sungai ini diapit oleh hutan yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Untuk menghayati keindahan sekitar sungai ini, terdapat banyak operator bot yang boleh dipilih.

07/02/2021

Berakit Jeram di Sungai Kiulu (Kiulu White Water Rafting)

Ingin melakukan aktiviti ekstrem bersama keluarga? Datanglah ke Sungai Kiulu. Tanpa mengira usia atau tahap kemahiran, sesiapa sahaja boleh mengikuti aktiviti berakit jeram di sungai ini. Dikategorikan sebagai Gred 1 dan Gred 2 (jaminan keselamatan), banyak operator aktiviti berakit jeram yang boleh anda temui di sini.

Dah memilih operator pilihan hati, anda boleh mula menyelusuri sungai yang berkepanjangan 15 km ini. Jangan lupa untuk membuka mata anda kepada pemandangan sekitarnya yang kaya dengan hidupan liar.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kota Kinabalu
88200