Datappk
31/05/2026
🌾 SELAMAT MENYAMBUT KOTOBIAN TADAU DO KAAMATAN 2026 🌾
Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang telah diwariskan kepada kita sejak turun-temurun.
Marilah kita terus memelihara keharmonian, memperkukuhkan semangat kebersamaan serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Negeri Sabah tercinta.
"Tadau Tagazo Do Kaamatan, Magavau Tagazo Do Kaamatan."
Ikhlas daripada,
Ramzih Ruzin
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK)
Ahli Majlis Perundingan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN)
SU Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS)
30/05/2026
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾✨
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah, rakan niaga, klien, dan komuniti usahawan yang meraikannya.
Semoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, keharmonian yang berkekalan, dan semangat perpaduan yang erat sesama kita. Walau di mana pun kita berada, mari kita raikan warisan budaya kita dengan penuh rasa kesyukuran.
Kopiwosian tomod daripada kami di DATAPPK. 🕊️❤️
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 ✨
Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, keteguhan hati, dan semangat pengorbanan yang sebenar. Semoga hari yang penuh barakah ini membawa seribu rahmat, meluaskan pintu rezeki, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Selamat menjalankan ibadah korban dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta buat semua rakan niaga, klien, dan seluruh komuniti.
Tulus ikhlas daripada kami di DataPPK. 🕋❤️
Alhamdulillah syukur harini siap sudah sepenuhnya kita punya Meter air dan sambungan terus ke tangki air.
Selepas ini vendor tidak perlu risau sudah tentang keperluan stock air yang ada di tangki kerana dengan adanya meter air, pihak Pengurusan (PUPPKKK) akan keep topup air dalam tangki setiap hari.
Ini adalah satu inisiatif untuk kita bantu para Penjaja dan Peniaga kecil di Pasar Malam Sabah Trade Center. Semoga ada manfaat bukan sahaja untuk vendor tetapi kepada Customer yang datang "Dine In" atau "Walk in" makan dan minum disini.
Sekali lagi good news, kami masih membuka 5 buah lot kepada peniaga yang ingin masuk berniaga di Pasar Malam Sabah Trade Center.
Boleh hubungi talian dibawah untuk maklumat lanjut :
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
88000