Raden Studio Akademi
06/06/2026
BENGKEL SILAT SUKAN PERATURAN PERTANDINGAN BAHARU VERSI 7 (REVISION 2026)
Penyerahan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar dan para peserta Bengkel Silat Sukan yang berlangsung pada hari ini (6 Jun 2026) bertempat di Raden Studio Akademi .
Disampaikan oleh Grand Master DR. Benji Sahabir
selaku Pengerusi Pss Pesaka Daerah Kota Kinabalu .
Raden Studio Akademi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah - PSS Pesaka Sabah selaku pengelola sukan silat di Negeri Sabah atas sokongan kepada RSA dan Kelab Silat Olahraga Gerak Kilat untuk menganjurkan bengkel pada hari ini.
Semoga ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar ini menambahkan lagi kefahaman buat para peserta berkaitan peraturan pertandingan baharu versi 7 revision 2026.
"LAWAN KETAKUTAN ANDA"
06/06/2026
"🥋 BENGKEL SILAT SUKAN SEDANG BERLANGSUNG"
📅 6 Jun 2026 📍 Raden Studio Akademi
🔴 LIVE UPDATE
• Peserta sedang mengikuti sesi pembelajaran Teori Peraturan Pertandingan Baharu Silat Sukan Versi 7 (Revision 2026) yang bakal menjadi panduan terkini dalam arena pertandingan silat sukan.
Ilmu, disiplin dan kefahaman peraturan adalah kunci untuk melahirkan pesilat yang lebih berkualiti serta berdaya saing.
"LAWAN KETAKUTAN ANDA"
05/06/2026
LATIHAN SILIBUS PERGURUAN SENI SILAT GERAK KILAT
Alhamdulillah, selesai sesi latihan Silibus Perguruan Seni Silat Gerak Kilat (SSGK) pada malam ini.
📅 5 Jun 2026 | Jumaat
🫳 Latihan serangan, tangkisan dan elakkan.
🫳 Latihan Sembah Bunga Perguruan SSGK.
Latihan yang berterusan bukan sahaja membentuk kemahiran mempertahankan diri, malah mendidik disiplin, ketahanan mental dan jati diri seorang pesilat. Teruskan berusaha, berlatih dan memperbaiki diri demi mencapai kecemerlangan dalam seni persilatan.
━━━━━━━━━━━━━━
🔥 PENGAMBILAN AHLI BARU 2026 KINI DIBUKA! 🔥
Terbuka kepada semua tanpa mengira usia, agama dan bangsa.
📲 Sebarang pertanyaan dan pendaftaran ahli, sila hubungi atau WhatsApp Admin RS: http://www.wasap.my/60197583854/DaftarAhliUnitSilatSSGKK
"Perpaduan Kunci Kekuatan"
"Lawan Ketakutan Anda"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
D3-2, BLOK D, TINGKAT 3, Plaza TANJUNG ARU, KOTA KINABALU
Kota Kinabalu
88100