SMKA Kota Kinabalu Rasmi
19/04/2026
🌙📖 MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
TAHNIAH & SYABAS ANAK SMKA KOTA KINABALU! 🌟
Seluruh warga SMKA Kota Kinabalu – Tahfiz Model Ulul Albab merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada anak murid cemerlang kita:
MOHAMMAD KHAYRUDDIN ZAKWAN BIN JAIMIS
atas kejayaan meraih TEMPAT KEDUA
Hafazan Juzuk 1–20 Al-Quran (Bahagian Lelaki)
dengan markah cemerlang 97.90% dalam
Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026. 🏆
Lebih membanggakan, beliau merupakan satu-satunya peserta dari negeri Sabah yang berjaya meraih kemenangan dalam Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026, sekaligus mengharumkan nama negeri Sabah dan SMKA Kota Kinabalu di persada kebangsaan.
Kejayaan ini juga lebih bermakna apabila tahun ini Khayruddin tampil dengan keberanian mencuba acara yang berbeza daripada tahun sebelumnya, dengan menaik taraf penyertaan ke acara yang lebih mencabar, iaitu Hafazan Juzuk 1–20 Al-Quran. Langkah berani ini membuktikan daya tahan, kesungguhan dan keyakinan tinggi dalam membawa amanah Al-Quran ke tahap yang lebih gemilang.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi manifestasi kecemerlangan murid Tahfiz Model Ulul Albab yang seimbang dari segi hafazan, akademik dan sahsiah, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi Ulul Albab yang berilmu, beriman dan beramal.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SMKA Kota Kinabalu untuk terus melangkah lebih jauh, berani mencabar diri dan istiqamah dalam memartabatkan Al-Quran di persada yang lebih tinggi.
11/04/2026
Raya sekampung tahun ini memang meriah habis! 🎊🌙 Semua tampil segak dan anggun 👕👚, suasana penuh senyuman 😄 dan ukhuwah 🤝. Terima kasih semua warga SMKAKK yang memeriahkan hari penuh bermakna ini ✨
11/04/2026
🌙✨ SAMBUTAN RAYA SEKAMPUNG AIDILFITRI 2026 ✨🌙
Seluruh warga SMK Agama Kota Kinabalu (TMUA) dengan penuh sukacita menjemput semua murid dan guru untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Raya Sekampung Aidilfitri 2026 yang bakal berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan, ukhuwah dan kegembiraan 🤝🎉
📅 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 8:00 Pagi
📍 Dewan Ibnu Taimiyyah & Dataran SMKAKK
Semoga sambutan ini menjadi medan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah 🌙🤲✨
*
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Sekolah Agama Kota Kinabalu, Bukit Padang
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |