MATRADE Sabah

MATRADE Sabah

Share

18/05/2026

SESI LIBAT URUS PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PERINGKAT NEGERI SABAH DI KOTA KINABALU| 14 MEI 2026

Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 14 Mei 2026 di Kota Kinabalu. Penganjuran sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, input dan maklum balas secara langsung daripada pihak industri dalam usaha memperkukuhkan agenda produktiviti negara, khususnya bagi memastikan pembangunan sektor industri di peringkat negeri terus kekal relevan, mampan dan berdaya saing.

Program ini turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035, khususnya dalam pengumpulan data dan maklumat di peringkat negeri serta lokaliti bagi menyokong penyediaan hala tuju produktiviti negara yang lebih menyeluruh, strategik dan inklusif.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah MPC Sabah, Encik Edward Binty, diikuti dengan Taklimat Program Transformasi Produktiviti Industri serta Kaji Selidik Pelaksanaan Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035 yang telah disampaikan oleh Pengarah MPC, Dr. Nor Aishah Hassan.

Turut diadakan sesi taklimat bertajuk Pengenalan New Industrial Master Plan (NIMP) dan Hala Tuju Produktiviti Negara yang disampaikan oleh Adj. Prof. Ts. Kamaruzaman Jahidin bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai hala tuju pembangunan industri dan agenda produktiviti negara.

Selain itu, program turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Pengarah MATRADE Sabah, Encik Adli Haikal Bin Abdul Hanib menerusi pembentangan bertajuk Persediaan Syarikat Sebelum Terlibat Dalam Pasaran Eksport .

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen serta penglibatan yang amat memberangsangkan dan memberikan kerjasama yang baik dalam setiap sesi yang dijalankan sehingga program berakhir dengan jayanya.

Photos from MATRADE Sabah's post 12/05/2026

9 Mei 2026: Pejabat MATRADE Sabah berkesempatan menyertai Program Jelajah Halal 2026 sebagai pempamer bagi menyantuni usahawan tempatan serta berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan perkhidmatan MATRADE dalam membantu syarikat menembusi pasaran antarabangsa.

Photos from MATRADE Sabah's post 07/05/2026

4 Mei 2026: Terima kasih Rabiatul Enterprise atas sambutan mesra dan perkongsian mengenai penghasilan produk makanan tempatan Sabah.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


5th Floor, Block C, KWSP Building
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00