En Sprites
24/03/2026
Rundown for Worship & Tribute vol.5! Can’t wait to see you all there🔥
10/03/2026
Upcoming creative talent in our scene! 📸 She took great photos of us in Wired & Wasted vol. 3 🔥 keep it up!
PHOTOGRAPHER MUDA DI SCENE UNDERGROUND KK
Masa saya singgah menonton akustik show band grunge Axilla tempoh hari, perhatian saya tiba-tiba tertumpu kepada satu sosok tubuh kaun hawa.
Seorang gadis, free hair, berkaca mata dengan sebuah kamera tergantung di lehernya. Jelas sekali dia bukan line up Axilla. Rupa rupanya dialah individu yang memegang peranan penting di belakang tabir sebagai photographer dan videographer kumpulan Axilla.
Dalam dunia muzik hari ini, dokumentasi visual paling penting. Footage sewaktu event adalah sebahagian daripada identiti dan profil profesional sesebuah band. Axilla nampaknya memahami perkara ini dengan baik apabila mereka membentuk pasukan kecil yang memberi tumpuan khusus kepada bahagian tersebut.
Rasa ingin tahu membuatkan saya cuba menjejaki siapa gadis berkaca mata itu. Akhirnya saya temui jawapannya..
Nama sebenarnya Chiew Sheng Qi, namun mesra dipanggil Julie. Anak muda berusia 22 tahun ini merupakan pelajar University College Sabah Foundation - UCSFl dalam bidang Visual Arts. Minatnya terhadap fotografi sebenarnya sudah bermula sejak kecil. Bermula dari sekadar suka-suka merakam gambar di sekelilingnya, lahirlah minat yang semakin serius.
Julie juga mempunyai minat terhadap muzik bawahtanah. Dia pernah mengikuti kelas gitar dan gemar mendengar muzik underground. Minatnya lebih kepada melodic metalcore.
Perkenalannya dengan dunia muzik bawah tanah berlaku sekitar tahun 2025. Sewaktu event UCSF Nafas x Art Fest. Di situlah Julie pertama kali mengenali Axilla. Pada waktu itu dia sekadar merakam beberapa gambar band yang perfom sebagai latihan dan pengalaman.
Namun siapa sangka, dari beberapa keping gambar itulah pintu baru terbuka. Tidak lama selepas itu, Julie menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada Axilla Family sebagai official photographer.
Dari seorang pelajar yang mengambil gambar di kolej, kini Julie menjadi mata visual kepada sebuah band grunge yang sedang meningkat naik di Kota Kinabalu. Dalam dunia seni, langkah kecil di belakang pentas mampu membawa seseorang jauh ke hadapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 5, 2nd Floor, Wisma Kkm, Mile 5, Jln Tuaran
Kota Kinabalu
8822