Parti Bersatu Rakyat Sabah

Parti Bersatu Rakyat Sabah

Share

18/02/2026

π™Žπ™–π™‘π™–π™’ 𝙍𝙖𝙒𝙖𝙙𝙖𝙣 1447𝙃 | 2026

Bulan Ramadan (Bulan Puasa) mengingatkan kita semua tentang nilai sejagat seperti kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki tanpa mengira latar belakang. Inilah kekuatan sebenar masyarakat kita iaitu saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Semoga bulan yang mulia ini membawa ketenangan, keberkatan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam negara kita.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

21/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Presiden PBRS atas pelantikan sebagai Pengerusi Barisan Nasional Sabah.

Semoga amanah dan kepercayaan ini terus memperkukuh kepimpinan, mempererat kerjasama parti-parti komponen serta membawa kestabilan dan kemajuan berterusan untuk Sabah dan rakyat keseluruhannya.

Photos from Parti Bersatu Rakyat Sabah's post 11/01/2026

YBhg. Datuk Richard Kastum, Timbalan Presiden mewakili YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Presiden PBRS hadir memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Kebersamaan ini melambangkan komitmen kepimpinan PBRS untuk terus berdiri teguh bersama rakan-rakan dalam gabungan demi memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan di Sabah.

PRK ini amat penting dalam menentukan hala tuju masa depan kawasan Kinabatangan dan Lamag, khususnya dalam memastikan suara rakyat terus dibela dan agenda pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan. Sokongan kepada calon BN adalah selari dengan semangat kerjasama yang telah terjalin kukuh antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat.

PBRS turut mengharapkan agar seluruh jentera parti serta para penyokong di peringkat akar umbi dapat berganding bahu membantu kempen calon BN sehingga hari pengundian. Dengan kesepaduan dan kerjasama yang mantap, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kemenangan calon BN Parlimen Kinabatangan, Saudara Naim Mokhtar dan calon BN DUN Lamag, Saudara Mohd. Ismail Haji Ayob.

Turut mengiringi Timbalan Presiden, Saudara Jessel Cyril, Ketua Pemuda PBRS Pusat; Saudara Mohd Afeezan Hii, Setiausaha Pemuda PBRS Pusat; Kepimpinan Jawatankuasa PBRS Bahagian Kuamat serta barisan Exco Pemuda PBRS Pusat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Blok B, Lot 19, Tingkat Dua, Lorong Singgah Mata 2, Asia City
Kota Kinabalu
88000