JKDM SABAH
24/03/2026
RANCANGAN KHAS AIDILFITRI SANDAKANfm 2026
β Showcase Aidilfitri SANDAKANfm Bersama JKDM Sandakan '
ποΈ 24 Mac 2026 ( 4 Syawal 1447H )
β° 10 Pagi
Istimewa Bersama :-
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sandakan
Penerbit Rancangan :-
Abam Shaff
πΊπ¨π³π¨π΄ π¨π°π«π°π³ππ°π»πΉπ° 1447π― | 2026 πβ¨
YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah, merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah serta semua warga Malaysia yang meraikannya.
Semoga lebaran yang diraikan ini membawa keberkatan yang melimpah, memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja, dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kita meneruskan amanah perkhidmatan demi kedaulatan serta kemakmuran Negeri Sabah yang tercinta.
Kepada semua warga JKDM Sabah dan masyarakat yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan di sekitar Negeri Di Bawah Bayu, pandulah dengan berhati-hati. Utamakan keselamatan diri dan keluarga agar Syawal ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
17/03/2026
PROGRAM IHYA RAMADAN REWANG & AGIHAN BUBUR LAMBUK BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
16 Mac 2026 β Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah menganjurkan Program Ihyaβ Ramadan Rewang & Agihan Bubur Lambuk yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah yang turut bersama warga Bahagian Penguatkuasaan dalam aktiviti rewang menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada warga jabatan serta masyarakat sekitar.
YBrs. Dr. Ahmad Taufik Bin Sulaiman juga turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyemarakkan lagi semangat berkongsi rezeki dan keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.
Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga JKDM Sabah dan masyarakat setempat.
2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan
Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Sabah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA ZON SABAH, MENARA KASTAM SABAH, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |