Gagasan Rakyat Moyog

Gagasan Rakyat Moyog

Share

09/06/2026

Sokongan Padu Untuk Menjayakan Pesta Kaamatan Kampung Penampang Proper 2026

Sebagai tanda komitmen dalam menyokong usaha memelihara warisan budaya dan memperkukuh perpaduan masyarakat, YB Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N.26 Moyog, telah menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Penampang Proper 2026 yang akan berlangsung pada 27 Jun 2026.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu melancarkan penganjuran program yang menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan usia dalam semangat kebersamaan, sambil terus memartabatkan adat dan budaya yang menjadi identiti rakyat Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini berlangsung dengan penuh kemeriahan serta menjadi wadah mengukuhkan silaturahim, perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan komuniti.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

08/06/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Lot 1 & 2, 2nd & 3rd Floor, Wisma Malakun
Kota Kinabalu
89507

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00