Penerbit UMS
05/06/2026
📢 HEBAHAN RASMI PENERBIT UMS
Penerbit UMS (UMS Press) dengan sukacitanya membuka permohonan bagi dua skim dana penerbitan untuk Siri 2/2026, iaitu:
📘 Skim Dana Modul Pengajaran (SDMP) UMS
📗 Skim Dana Penerbitan Buku (SDPB) UMS
🗓️ Tarikh permohonan dibuka: 8 Jun 2026
🗓️ Tarikh tutup permohonan: 8 Julai 2026
Permohonan adalah terbuka kepada kakitangan akademik UMS (status aktif) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemohon digalakkan merujuk garis panduan bagi memastikan permohonan lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
📌 Syarat dan maklumat lanjut, serta borang permohonan boleh diakses melalui imbasan kod QR yang disediakan pada poster atau melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS.
📩 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia seperti yang tertera pada poster.
💡 Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada penghasilan bahan ilmiah berkualiti melalui penerbitan bersama Penerbit UMS.
LIKE | FOLLOW | SHARE
Ikuti laman sosial rasmi PUMS,
Facebook: Penerbit UMS (Official)
Instagram:
03/06/2026
📚 TAHNIAH DAN SYABAS!
Tahniah dan syabas kepada Profesor Madya Dr. Ramli Dollah dan Dr. Amrullah Maraining atas pencapaian membanggakan apabila buku Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah telah dipilih sebagai salah satu daripada “50 Best Malaysian Titles for International Rights 2024–2026”.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen para penulis dalam menghasilkan karya ilmiah berkualiti tinggi yang menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan serta memperkukuh keterlihatan penerbitan akademik Malaysia di peringkat antarabangsa.
Penerbit UMS berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan ini dan akan terus menyokong penghasilan karya-karya akademik yang berimpak tinggi demi manfaat masyarakat, negara dan komuniti global.
Sekalung tahniah kepada para penulis atas pencapaian yang amat membanggakan ini.
LIKE | FOLLOW | SHARE
Ikuti laman sosial rasmi PUMS,
Facebook: Penerbit UMS (Official)
Instagram:
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |