Ruddy Awah

Ruddy Awah

Share

Photos from Ruddy Awah's post 11/07/2026

11 JULAI 2026 | JAM 9.00 AM

Pagi ini saya berkesempatan merasmikan RUN SKPP Peringkat Negeri sejauh 3 kilometer di Palm Oil Mill Pitas yang dianjurkan oleh SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

Program ini menghimpunkan penyertaan daripada empat daerah iaitu Beluran, Pitas, Kota Marudu dan Kota Belud, sekali gus menyemarakkan budaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga pendidikan.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. En. Ismail Sindong, Pegawai Pendidikan Daerah Pitas, YDP PIBG SK. Pinggan-Pinggan, En. Asri Tatoh merangkap Pengurus Pitas Palm Oil Mill dan En. Bala Jack, Focal Person PPD Pitas.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, para guru, peserta serta semua yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini terus melahirkan generasi yang cergas, sihat dan berdaya saing.

Photos from Ruddy Awah's post 05/07/2026

5 JULAI 2026 | BONGKOL, PITAS

Semalam, Saya hadir merasmikan Majlis Penutupan Pesta Ria Bongkol 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya selama 11 hari.

Sepanjang penganjuran pesta ini, pelbagai aktiviti telah diadakan hasil kerjasama erat pelbagai pihak, sekali gus berjaya memupuk semangat perpaduan, mengeratkan silaturahim dan menghidupkan suasana kemasyarakatan dalam kalangan penduduk.

Pesta ini juga memberi manfaat kepada para peniaga tempatan dengan membuka ruang menjana pendapatan serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur, para peserta, agensi yang terlibat serta seluruh masyarakat yang telah bersama-sama menjayakan Pesta Ria Bongkol 2026. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang menyatukan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi daerah Pitas.

Photos from Ruddy Awah's post 01/07/2026

***TB***
30 JUN 2026 | JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG

Hari ini saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan agenda pembangunan untuk Daerah Pitas.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai namun penuh makna di Pejabat Menteri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ini memberi ruang untuk bertukar pandangan serta meneliti pelbagai usaha dan potensi kerjasama yang mampu membawa manfaat kepada rakyat Pitas.

Komitmen saya sentiasa jelas, iaitu memastikan Daerah Pitas tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, seiring dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kemudahan asas, pembangunan infrastruktur serta peluang ekonomi yang lebih baik.

Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Arthur Joseph Kurup atas kesudian menerima kunjungan ini dan atas kesediaan beliau untuk bersama-sama meneliti keperluan pembangunan di Pitas.

Turut hadir mengiringi saya ialah Pegawai Daerah Pitas, En. Asdi @ Faizal Bin Husin.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kementerian Kerja Raya Dan Utiliti (KKR) Sabah, Tingkat 7, Bangunan KKR/JKR, Jalan Sembulan
Kota Kinabalu
88582