Protazz Training

Protazz Training

Share

12/01/2026

Selamat Kembali Ke Medan 'Jihad' Sekolah

1️⃣ Buat ibu bapa

Anak ke sekolah bukan sekadar bawa beg dan buku. Dia bawa harapan, doa dan masa depan.

Jangan hanya tanya “exam macam mana?”,
tanya juga “solat jaga tak?”, “hati anak okay tak?”.

Rumah ialah sekolah pertama, ibu ayah guru paling lama.

2️⃣ Buat cikgu-cikgu

Terima kasih kerana tak pernah penat mendidik,
walau kadang tak dihargai, walau penat dipendam sendiri.

Satu ayat cikgu boleh jadi doa,
dan satu teguran ikhlas boleh ubah hidup seorang anak.

Terus mendidik dengan sabar, Allah sedang kira.

3️⃣ Buat anak-anak & pelajar

Sekolah bukan tempat jadi sempurna,
tapi tempat belajar jadi lebih baik.

Datang bukan sekadar kejar markah,
tapi bina akhlak, disiplin dan masa depan.

Ilmu tanpa adab kosong, adab tanpa ilmu pincang.

Semoga tahun ini bukan sekadar naik kelas,
tetapi naik nilai di sisi Allah.

sahsiahpelajar.com

Photos from Protazz Training's post 04/01/2026

MOTIVASI KERJA WADI SOFIA INTERNATIONAL SCHOOL

Punyelah teruja dan happening vibes semua. Sampai beberapa kali tersasul.

Nak sebut Wadi Sofia. Terkeluar Wadi Anuar pulak. Maaf ustaz terngumpat. Kah!😂

Kali pertama bertandang dan berkongsi bersama barisan pendidik dan kakitangan Wadi Sofia.

Sesi 2 jam yang penuh dengan variasi emosi. Santai didoakan sampai.

Seronok tengok respon dan penglibatan dari semua. Daripada pentadbiran teratas juga yang bersama anak² pelajar di peringkat bawah.

Circle yang positif!♥️

Beberapa part yang 'berat' walaupun santai. Ada yang terpaksa mengalirkan air mata. Saat hati terusik disentuh pesanan² bermakna.

Syukur!

Feedback sangat baik daripada pihak penganjur selepas program tamat.

Didoakan bermanfaat buat semua ya. Jadi asbab kebaikan kalian semakin kuat berjuang menfidik sebagai sebuah keluarga.

Ada rezeki kita jumpa dalam sesi kesatuan pasukan yang lebih lama ya. Insyaa Allah banyak aktiviti menarik kita susun bersama.

Barakallahu fikum!😊

MOTIVASI KERJA : THE BIGGEST WHY
Wadi Sofia International School | 30 Dis 2025

sahsiahpelajar.com

Photos from Protazz Training's post 04/01/2026

TANAH MERAH BERSELAWAT!♥️

Alhamdulillah.

Pertemuan indah di malam Jumaat yang penuh barokah. Diiringi cuaca malam yang sangat baik dan hujan² renyai rahmat.

Dimulai dengan bacaan indah ayat² Allah oleh Qari hebat kebangsaan, AF Ust Qayyim Nizar.

Kemudian bergema gah alunan qasidah dan selawat di tengah² bandar Tanah Merah.

Disusuli tausiah dan nasihat² buat hati para pencinta Rasul yang dirindui dalam forum ilmu santai buat semua.

Rezeki besar buat diri. Dapat bergandingan dengan senior hebat zaman maahad muhammadi, Al Fadhil Ustaz Lukmanul Hakim Mohamed . Tuan guru pondok Muhammadiyah Beta Hilir.

Aktif menggerakkan majlis² ilmu dan selawat bersama para ulama di seluruh negara.

Juga sahabat moderator dan orang kuat program, saudara Ridhwan Zazani yang dikasihi.

Tahniah buat semua yang hadir memeriahkan. Moga Allah terima sebagai amal soleh. Asbab kita boleh berkumpul bersama Rasulullah SAW yang tercinta nanti.

Ameen Ya Rabb! Barakallahu fikum..😊

TM MONSOON FESTIVAL
18 Disember 2025

Photos from Protazz Training's post 21/11/2025

"Ustaz terima kasih atas kisah dan nasihat tadi. Menangis saya. Sama dengan ujian saya.."😢

"Ustaz doakan saya ya.."

Subhanallah.

Segan saya. Bila disapa oleh beberapa pegawai dan peserta yang turut hadir bersama.

Diberi amanah mengisi satu slot khas sempena Simposium Kesihatan Mental Negeri Kelantan 2025.

Menyentuh tentang sudut pandang spiritual dan kerohanian. Dengan tajuk yang sangat indah.

"Dikala Badai Menghempas. Jiwa Tabah Melakar Erti Kehidupan.."

Berkongsi tadabbur Quran ringkas dan pesanan para ulama khususnya untuk diri sendiri tentang 'pattern' ujian yang Allah susun buat hamba-hambaNya.

Memujuk hati dan jiwa untuk terus bersangka baik kepada Allah Yang Maha Baik kepada setiap hambaNya dalam semua takdir termasuk berbentuk musibah dunia.

Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya.

Tamat slot ada pegawai berhasrat untuk adakan dalam tempoh yang lebih lama.

Insyaa Allah ada rezeki kita cuba susun program training 3 atau 2 hari bermalam sambil bertadabbur dan beraktiviti bersama.

Lebih banyak kita boleh saling berkongsi dan bertukar pandangan dalam siri terapi hati menuju bahagia yang hakiki.

Terima kasih pihak penganjur atas ruangan yang bermakna. Moga bermanfaat buat semua.

Siiru Ala Barakatillah..♥️

SIMPOSIUM KESIHATAN MENTAL KELANTAN 2025
USM Kubang Kerian | 5 November 2025

Photos from Protazz Training's post 18/11/2025

Berkumpul dengan keluarga dan sahabat² sekejap pun bahagia dah. Macam mana lah dapat berkumpul selamanya di syurga nanti ya..😢

Alhamdulillah. Simpan kenangan disini.

Akhir zaman ni. Masa sangat pantas. Sibuknya kita dengan segala urusan yang ada. Kadang hingga tak sempat hargai dan cipta kenangan dengan insan² berharga.

Baru-baru ni curi masa buat family day kecilan kami Keluarga Protazz.

Yang terlibat sekarang juga yang lepas pernah bersama sebagai satu pasukan.

Hampir mustahil untuk berkumpul semuanya semula. Kenangan dunia memang susah untuk diulang.

Itu hakikat yang kita kena terima. Sebab tu Allah ciptakan syurga utk mengubat duka dan kerinduan kita semua nanti bersama.

Terima kasih sahabat² syurga sudi hadir. Juga yang tak dapat bersama tapi tetap mendoakan dari jauh dan selalu berukhwah di alam maya.

Sungguh. Besar nikmat boleh bersahabat dengan kalian. Rindu di hati hanya Tuhan yang tahu.

Terima kasih sudi hadir dalam hidup mewarnai perjalanan ini.

Mohon doakan ukhwah kami diberkati dan hingga syurga Ilahi..🤲

Sayang kalian kerana Allah..

*Terima kasih homestay Villa D'aura Pasir Puteh. Selesa, cantik dan banyak permainan ada. Kolam, bbq, pingpong, carom. Sangat recommended!👍🥰

Saya bagi link untuk rujukan ya

https://www.tiktok.com/.villa.d.aura?_r=1&_t=ZS-91OA0BsFwdo

Photos from Protazz Training's post 29/10/2025

JEMAAH DAH CECAH 5 BUAH BAS!😨

Subhanallah..

Beberapa hari lepas kami mesyuarat khas untuk detailkan lagi pengurusan perjalanan dan juga teknikal.

Supaya penjagaan semua jemaah kita dalam keadaan terbaik insyaa Allah.

Kali pertama jemaah seramai ini. Asbab kali pertama kami juga bergabung antara 3 entiti.

Kami bina 'keluarga' baru menggabungkan antara Protazz Training , Hilwan Madani juga jemaah Masjid Mukim Jelatang Kaabah Pasir Hor.

Bernaung di bawah kendalian Samrah Travel Sdn Bhd.

Kepada sahabat² yang membaca posting ni. Ada beberapa makluman dan hajat daripada kami :

1) Mohon titipkan doa buat trip kami ya. Semoga Allah berikan kemudahan dan kelancaran buat semua jemaah menjadi tetamu Allah dan Rasulullah sebaiknya.

2) Sesiapa yang berhajat untuk selitkan WAQAF QURAN & INFAQ SABIL ke Tanah Suci. Boleh hubungi kami. Juga rujuk poster di ruangan komen.

3) Kami dah mulakan siri Tadabbur Haji & Umrah. Juga kursus umrah 2.0 bakal diadakan. Masih berbaki beberapa siri. Kami alu-alu2kan buat semua untuk hadir ye. TERBUKA & PERCUMA.

Boleh sebarkan posting ni untuk manfaat bersama..😊

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


PT 816, SEKSYEN 27, TINGKAT 2, Jalan SRI CEMERLANG
Kota Bharu
15300