Mummy Gojess
02/07/2026
Kadang-kadangβ¦ π€
bukan semua yang diam itu okay.
Ada yang memilih untuk diam,
kerana penat menjelaskan perkara
yang tak pernah difahami.
Tak semua luka boleh dilihat.
Jadi, sebelum menghukum,
belajarlah untuk memahami. πΏ
20/06/2026
ASAM PEDAS ASLI KALAU NAK BETUL-BETUL SEDAP π
Pilihan ikan:
β
Ikan Pari
β
Ikan Kembong/Mambong
β
Ikan Jenahak
β
Telur Ikan
β
Ikan Parang
Bahan asas:
πΆοΈ Cili kisar
π§
Bawang besar
π‘ Kunyit hidup
π¦ Sedikit belacan
πΏ Halba
Tumis cili kisar bersama bawang besar, kunyit hidup, belacan dan halba sehingga naik bau. Masukkan air, asam jawa, garam, perasa dan bahan lain secukup rasa.
Kemudian masukkan pilihan ikan anda. Bila hampir masak, campakkan bendi dan tomato belah.
Ada yang s**a tambah:
πΏ Serai
πΏ Daun kesum
πΊ Bunga kantan
Terp**ang pada kreativiti masing-masing.
Kalau nak Asam Pedas Maut π₯
Gunakan daging tetel bersama tulang. Rebus dahulu sehingga betul-betul empuk. Saya s**a tambah sedikit lada hitam untuk rasa lebih padu, serta beberapa helai daun limau purut bagi menaikkan aroma masakan.
Di rumah saya memang tak lari daripada menu asam pedas. Kadang-kadang bertukar antara:
π Asam Pedas Ikan
π₯© Asam Pedas Daging Tetel & Tulang
πΏ Sayur Sulur Keladi
π¦ Asam Pedas Belangkas
Kuah yang pekat dan berempah p**a memang sedap dicicah dengan lempeng kelapa atau lempeng sagu ketika panas-panas.
Dari air tangan Chef Kc. Lann
π Jenjarom, Selangor
βMasak dengan hati, hidang dengan kasih.β β€οΈπ²
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
23 , Jalan Intan 1, Taman Intan
Kluang
86000