Muhammad Adam Mohamad Sofi

Muhammad Adam Mohamad Sofi

Share

Photos from Muhammad Adam Mohamad Sofi's post 07/08/2025

Pertama kali join pertandingan inovasi…
dan terus bagi poster potret, padahal syarat tulis jelas: landscape 😅
(ni lah padah submit last minit)

Tapi alhamdulillah,
pengalaman pertama ini jadi langkah kecil ke arah sesuatu yang lebih besar.
Saya masuk K-SEMANIS 2025:
📌 Pertandingan Inovasi Poster Digital
📌 Peringkat Antarabangsa

Saya wakilkan projek CodeCikgu.com —
platform gamifikasi PdP Sains Komputer yang saya bangunkan sendiri.
• Ada XP, badge, kuiz, dashboard
• Mesra murid & cikgu
• Percuma & boleh diakses semua

Semuanya lahir dari satu soalan:
“Macam mana nak buat murid lebih minat belajar programming?”

🎯 Ini first step saya dalam dunia inovasi.
Lepas ni, saya aim nak cuba:
• Bicara Amalan Terbaik
• Kajian Tindakan
• Dan siapa tahu… mungkin satu hari nanti ada kelas CodeCikgu seluruh negara?

Apa pun, saya percaya:
Kita tak perlu tunggu hebat baru nak mula.
Mula dulu, kemudian belajar & baiki. Macam saya… mula dulu, baru tahu format salah 😂

10/06/2025

Slide saya tak power pun. Tapi bila saya guna 2 tool ni, murid terus fokus sampai habis.

Nak kongsi satu eksperimen saya baru-baru ni dalam kelas.

Saya ada satu slide biasa asalnya dalam PDF. Kalau tunjuk macam tu ja, murid takkan kisah. Tapi kali ni saya cuba 2 benda:

✅ Saya upload PDF tu ke Gamma — automatik jadi slide interaktif yang boleh scroll macam website.

✅ Lepas tu saya guna Loom untuk rekod suara saya explain satu per satu siap boleh pause, lukis atas slide, dan rekod semula kalau silap.

Bila saya bagi link kat murid, saya tak sangka
mereka betul-betul tonton sampai habis.
Bukan sebab slide tu cantik sangat. Tapi sebab ia rasa macam cikgu bercakap dengan mereka, satu-satu.

Kenapa saya s**a combo Gamma + Loom ni?

📌 Gamma – tak payah buat slide dari kosong. Upload ja PDF, dia akan susun semula secara automatik. Slide tu boleh klik, responsive, dan mesra telefon.

📌 Loom – rakam sambil explain. Tak perlu nak buka OBS, atau rakam dari telefon. Kalau silap cakap, pause. Kalau nak highlight, boleh terus conteng.

🧠 Sebagai cikgu, saya sedar kita tak boleh harap semua murid fokus 100% masa kita mengajar secara live. Tapi kalau kita bagi rakaman interaktif, mereka boleh ulang, boleh faham ikut masa sendiri.

📹 Saya ada rakam video demo pendek guna dua tool ni.

Jom kita sama-sama mudahkan pengajaran. Teknologi bukan ganti cikgu. Ia bantu cikgu bersuara lebih jauh 🎤✨

Photos from Teacher Hidayu : DIY Teaching Aids's post 26/05/2025
19/05/2025

Real Talk: Kenapa Saya Berani Lawan Cara Lama?

Saya masih ingat lagi hari pertama saya lapor diri sebagai guru baru di sekolah. Waktu berjumpa Pengetua buat kali pertama, saya terus nyatakan hasrat saya dengan jelas:

"Saya nak bantu sekolah ini ke arah pendigitalan."

Matlamat saya sangat jelas—sebab pengalaman saya sebelum datang ke sekolah ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya transformasi digital dalam pendidikan.

Sebaik sahaja saya tahu nama sekolah tempat saya lapor diri, perkara pertama yang saya buat ialah buka Google. Tetapi kecewanya saya, hanya jumpa halaman Facebook dan Wikipedia sekolah yang jarang dikemas kini. Tiada laman web rasmi, tiada maklumat lengkap.

Bila dah mula masuk bertugas p**a, lagi mencabar. Nak dapatkan maklumat asas pun saya kena jumpa banyak cikgu, belek bertimbun-timbun fail di bilik guru, malah kadang-kadang terpaksa ambil masa berhari-hari hanya untuk cari satu maklumat ringkas.

Masa tu saya terfikir, "Macam mana kalau ibu bapa atau pelajar sendiri nak cari maklumat sekolah? Bukankah lebih mudah jika semuanya boleh diakses secara digital?"

Jadi bila hari ini saya bertegas menggunakan teknologi, digitalisasikan fail-fail penting, dan perkenalkan Google Sites sebagai pusat maklumat sekolah dan ia bukan sebab saya nak susahkan orang, tetapi sebab saya dah rasa sendiri betapa peritnya hidup dalam sistem yang masih menggunakan cara lama.

Saya faham perubahan tu tak mudah. Memang ramai yang akan kritik dan tak setuju pada mulanya. Tapi saya rela hadap semua kritikan hari ini, supaya murid-murid dan guru-guru lain tak lagi bersusah-payah di masa depan.

Pendidikan kita perlu bergerak seiring dengan perubahan dunia. Kalau semua takut cabar kebiasaan, kita akan terus tersekat pada kaedah yang lapuk dan tidak relevan lagi.

Pernah tak anda alami situasi yang sama di tempat kerja? Cuba kongsi pengalaman kat bawah👇🏼

18/05/2025

Teknologi AI bukan untuk ganti cikgu.
Ia adalah alat untuk bantu cikgu jimat masa, tenaga, dan stres.
Masih buat semua kerja cikgu secara manual? Cuba 5 AI tools ini untuk bantu mudahkan tugas harian 👇🏻

16/05/2025

Bila meja kerja cikgu jadi ‘command center’ untuk masa depan anak murid.

Malam ni aku duduk depan tiga skrin.
iPad dengan slide Apple Teacher Portfolio.
Monitor tengah buka modul coaching Google.

Ramai mungkin tak nampak apa yang cikgu-cikgu buat di luar waktu kelas.
Tapi inilah realitinya. Nak jadi cikgu zaman sekarang, tak cukup dengan mengajar je. Kita kena belajar, kena refleksi, kena upgrade diri. Kena sentiasa tanya diri: “apa lagi aku boleh perbaiki untuk murid-murid aku?”

Kadang-kadang penat. Tapi bila fikir balik, semua ni bukan untuk markah atau sijil. Tapi untuk mereka murid yang datang kelas dengan pelbagai latar belakang, pelbagai cabaran, tapi tetap hadir dengan harapan.

Harapan nak faham. Harapan nak rasa seronok belajar. Harapan nak berjaya.

Aku pilih untuk jadi cikgu yang tak berhenti belajar. Sebab kalau saya berhenti belajar, saya juga berhenti jadi inspirasi untuk murid saya.

Kalau ada cikgu yang tengah rasa penat, stuck, hilang arah aku nak bagitahu satu ja, hang tak keseorangan. Kita mungkin tak sempurna, tapi kita sentiasa cuba yang terbaik.

Jom teruskan perjuangan ini. Sikit-sikit kita ubah sistem.
Daripada meja kerja kecil, menuju perubahan besar dalam pendidikan.

Want your business to be the top-listed Media Company in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Klang