Kolej WIT
06/04/2026
📢 Sesi Temuduga Eksklusif untuk Pelajar & Bekas Pelajar!
Adakah anda pelajar atau bekas pelajar Kolej WIT yang sedang mencari peluang kerjaya? Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Success Mega Sdn Bhd akan mengadakan sesi temuduga khas untuk anda. Ini peluang untuk menunjukkan bakat, kemahiran, dan berpotensi menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.
Tips untuk berjaya:
• Datang awal 10–15 minit.
• Berpakaian kemas & profesional.
• Bersedia menjawab soalan temuduga dan tunjukkan keyakinan.
🎯 Hanya untuk pelajar dan bekas pelajar Kolej WIT!
📌 Jangan lepaskan peluang ini untuk berkembang bersama Success Mega Sdn Bhd!
17/10/2025
📢✨ PROGRAM CELIK JENAYAH SYARIAH ✨📢
Terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pelatih Kolej WIT atas kerjasama serta kehadiran dalam Program Celik Jenayah Syariah yang telah berlangsung pada:
📅 17 Oktober 2025 (Jumaat)
📍 Dewan V.V. David
⏰ 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID Klang) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej WIT.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita semua terhadap isu-isu jenayah Syariah dalam masyarakat. 💡
Terima kasih atas komitmen dan semangat semua yang terlibat! 🙏
10/10/2025
10/10/2025
🎉 TAHNIAH & TERIMA KASIH! 🎓
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelatih, cikgu dan staff Kolej WIT yang telah menjayakan Program Ceramah Pocket Talk: Penguatkuasaan Akta Produk Merokok (Akta 852) 🚭
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej WIT dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berjalan dengan lancar pada:
📅 10 Oktober 2025 (Jumaat)
📍 Dewan V.V. David, Kolej WIT
Semoga ilmu dan kesedaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua warga kolej dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas asap rokok. 🌿
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini! 💪
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
Jalan Banting, Off Jalan Pandamaran, Pandamaran, Pelabuhan Klang
Klang
42000