Zstars Collection

Zstars Collection

Share

23/10/2025

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esuk Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

22/10/2025

Bayangkan.. malam yang sunyi. Semua orang dah lena. Lampu dah malap, dunia pun seakan berhenti seketika. Tapi di sisi orang yang berwuduk sebelum tidur.. ada sesuatu yang luar biasa sedang berlaku.

Malaikat duduk di sisi mereka, menadahkan doa buat mereka,

"Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.. dia tidur dalam keadaan suci."

MasyaAllah..

Sungguh, betapa lembutnya kasih Allah. Hanya kerana titisan air wuduk sebelum tidur, dosa kita gugur, malaikat mendoakan, dan kita tidur dalam rahmatNya.

Dalam keadaan semua orang terlelap dengan hati yang lalai, engkau tidur dengan hati yang tenang, bersih dan dicintai Allah dan malaikatNya.

Wuduk sebelum tidur bukan sekadar kebersihan fizikal, tapi simbol kebersihan jiwa.

Seolah-olah kau berkata kepada Tuhan sebelum menutup mata:

"Ya Allah, jika malam ini adalah malam terakhirku, izinkan aku pergi dalam keadaan Engkau redha."

Begitu dalam makna satu sunnah yang nampak kecil ini.

Jadi malam ini, jangan tidur tanpa wuduk. Biarlah kita tidur bukan sekadar berehat, tapi tidur dalam pelukan rahmat Allah.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Taman Cempaka Sari, Batu 4, Jalan Kapar
Klang
42100