OLIVE HOUSE MERU
25/03/2026
KETUHAR BERSKALA BESAR SEDANG MELANDA UTARA MALAYSIA
Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran Gelombang Haba
🚨 TAHAP AMARAN 2 (Kritikal: 37°C hingga 40°C):
📍 Kedah: Pokok Sena, Pendang, Baling.
⚠️ TAHAP AMARAN 1 (Berjaga-jaga: 35°C hingga 37°C):
📍 Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, S*k, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu)
📍 Pulau Pinang (Utara & Timur Laut)
📍 Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, Kinta)
📍 Pahang (Jerantut, Raub) & Perlis.
Dengan suhu luar mencecah 40°C, BERHENTI layan kereta anda seperti bilik menunggu
Apabila kereta diletakkan di bawah matahari terik tanpa penyaman udara, Dalam masa 10 MINIT SAHAJA, suhu dalam kereta boleh melonjak naik 10°C lebih tinggi dari suhu luar.
Bayangkan kalau suhu luar dah 40°C, suhu dalam kereta boleh cecah 50°C hingga 60°C!
🛑 AMARAN KEPADA IBU BAPA
JANGAN SESEKALI tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan, walaupun "sekejap je nak beli barang"
Sistem regulasi suhu badan kanak-kanak tidak matang seperti orang dewasa. Badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT. Dalam kereta yang membahang, organ dalaman mereka boleh gagal berfungsi (Strok Haba) dan membawa maut dalam masa yang sangat singkat.
Biasakan amalan "Look Before You Lock" (Toleh Belakang Sebelum Kunci). Letak beg tangan atau kasut kerja anda di tempat duduk belakang supaya anda terpaksa menoleh sebelum keluar kereta.
Tolong SHARE amaran kecemasan ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, terutamanya yang menetap di kawasan amaran merah di atas
14/01/2026
"Kenapa Nyamuk Asyik Gigit Aku Je? Orang Sebelah Dia Tak Gigit Pun!" Adakah Sebab 'Darah Manis'?
Pernah tak jadi situasi macam ni?
Anda tengah lepak minum dengan kawan-kawan di mamak atau taman.
Tiba-tiba anda seorang je yang tergaru-garu, tepuk sana sini macam orang bersilat.
Kawan kat sebelah? Relaks je borak, sekor nyamuk pun tak hinggap kat dia.
Mesti ada yang cakap: "Kau ni darah manis kot, sebab tu nyamuk s**a."
Adakah ini mitos? Atau fakta?
Saintis mengesahkan bahawa MEMANG ADA sesetengah orang yang dilahirkan sebagai "Magnet Nyamuk". Kira-kira 20% penduduk dunia adalah kegemaran nyamuk.
Kenapa Anda Terpilih? Ini Senarai Semaknya:
1. Jenis Darah (Geng Type O Sila Lapor Diri!)
Kajian mendapati nyamuk lebih tertarik kepada individu berdarah Jenis O.
Nyamuk hinggap pada orang darah O hampir 2 KALI GANDA lebih kerap berbanding orang darah A. (Darah B berada di tengah-tengah). Nyamuk boleh hidu jenis darah anda melalui rembesan kimia pada kulit.
2. Kilang Karbon Dioksida (CO2)
Nyamuk ada radar yang boleh kesan CO2 dari jarak 50 meter.
Siapa yang keluarkan banyak CO2?
• Orang yang bernafas laju (lepas bers**an).
• Orang yang bersaiz badan besar (kadar metabolik tinggi).
• Wanita mengandung (mereka hembus 21% lebih banyak CO2).
3. Bau "Masam" (Asid Laktik)
Nyamuk sangat s**a bau peluh, tapi bukan sebarang peluh.
Mereka "tergoda" dengan bau Asid Laktik, Urik, dan Ammonia yang keluar melalui liang roma apabila badan kita panas atau lepas exercise.
4. Baju Gelap
Nyamuk juga guna penglihatan. Mereka lebih mudah nampak sasaran yang memakai warna Hitam, Biru Gelap, atau Merah. Kalau pakai baju putih/kuning, mereka kurang nampak.
Kalau anda selalu kena gigit, itu bukan salah anda tak mandi. Itu mungkin sebab genetik darah O anda atau badan anda "sedap" sangat baunya bagi nyamuk.
Tips min min, kalau tahu diri tu magnet nyamuk, janganlah pakai baju hitam pergi taman waktu senja. Pakai repellent, pakai baju cerah. Jangan derma darah percuma pada nyamuk Aedes ya!
13/11/2025
Bahagia itu sederhana melihat keluarga tersenyum, makan bersama, dan menikmati setiap momen tanpa risau tentang kesihatan.
Semuanya bermula dengan jantung yang sihat. Amalkan gaya hidup seimbang bersama minyak zaitun extra virgin, teman setia untuk menjaga kesihatan jantung anda.
24/05/2025
𝗟𝗨𝗟𝗨𝗛 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 😔
Dah cuba pelbagai ubat tapi tak berkesan. Hampir dah nak give up makan ubat.. 😢 Tapi Alhamdulillah! Setelah temui suplemen sunnah ni, macam tak percaya Mak dah boleh solat tanpa menggunakan kerusi 🥰
Zoutina Prestige iaitu Minyak Zaitun gred premium yang sentiasa memenangi 'Gold Award' sangat sesuai untuk membantu merawat:
✅ Darah tinggi
✅ Kolesterol
✅ Jantung
✅ Meningkatkan Imunisasi
Dengan hanya sesudu besar pada waktu pagi sebelum sarapan dan sesudu besar pada waktu malam sebelum tidur.
Alhamdulillah, produk kami ada Sijil organik, Sijil Analisa Makmal, Sijil Ujian Rasa dan Bau, Sijil Anugerah Gold Award.
Nak tingkatkan imun badan? Grab sebotol zoutina disini ⬇️.
Harga promosi sekarang.
https://kedaionlie.wasap.my
28/02/2025
Bersama sedekahkan Al Fatihah buat ISTERI usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura (kiri) meninggal dunia pada Jumaat.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Isteri pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia | Harian Metro Kuala Lumpur: Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzuan Ridzokumura berkongsi berita sedih berkenaan pemergian isterinya, Akiko Okumura, pagi tadi.
Minyak zaitun EVOO mana pilihan TERBAIK
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Klang
41050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 22:00 |
| Tuesday | 10:00 - 22:00 |
| Wednesday | 10:00 - 22:00 |
| Thursday | 10:00 - 22:00 |
| Friday | 10:00 - 22:00 |
| Saturday | 10:00 - 22:00 |