Peguam Sivil

Peguam Sivil

Share

06/06/2025

Tahun depan la pulak

04/06/2025

Dalam undang-undang fitnah, "penyebaran terhad" merujuk kepada keadaan di mana kenyataan fitnah hanya disebarkan kepada sejumlah kecil orang sahaja, bukannya kepada umum secara meluas (seperti melalui media massa atau media sosial terbuka).

Maksud "penyebaran terhad" (limited publication):

Ia berlaku apabila kenyataan yang memfitnah hanya diketahui oleh:

individu tertentu sahaja (contohnya, majikan, pegawai atasan, atau ahli keluarga),

dalam konteks yang tertutup atau terhad, seperti dalam komunikasi peribadi, surat rasmi dalaman, atau e-mel peribadi.

Kesan terhadap tindakan undang-undang fitnah:

Masih boleh dikira sebagai fitnah (defamation), tetapi penyebaran yang terhad biasanya akan:

mengurangkan jumlah ganti rugi yang boleh dituntut,

mempengaruhi keputusan mahkamah tentang sama ada reputasi plaintif benar-benar tercemar secara meluas.

Jika penyebaran itu berlaku dalam konteks berhak (qualified privilege), seperti laporan dalaman atau aduan rasmi yang dibuat dengan niat baik, ia mungkin dikecualikan dari tindakan fitnah.

Contoh:

Seorang pekerja menghantar e-mel kepada pengurusnya yang mengandungi tuduhan palsu terhadap rakan sekerja. Ini adalah penyebaran terhad — hanya melibatkan orang dalam organisasi itu.

Berbanding dengan seseorang yang menulis tuduhan sama di Facebook — itu penyebaran luas dan lebih serius dari segi undang-undang fitnah.

Hubungi 0132207999 jika perlu khidmat guaman untuk kes saman fitnah

17/04/2025

Letter of Demand aka LOD adalah surat tuntutan rasmi yang dibuat oleh penuntut kepada pihak yang dituntut sebelum kes dibawa ke mahkamah dengan harapan pihak yang dituntut menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Peruntukan Undang undang
Tiada akta atau peraturan dalam undang-undang malaysia yang menyatakan bahawa LOD wajib dihantar terlebih dahulu sebelum kes di bawa ke mahkamah untuk pengadilan. Jadi jika anda terima LOD terpulang kepada anda untuk membalas LOD tersebut atau tidak. Tidak menjadi satu kemudaratan jika tidak membalas LOD yang diterima.

Kami dapati ramai orang berpendapat bahawa LOD adalah wajib. Ada juga yang mengatakan pihak lawyer kata kena hantar LOD dulu sebelum saman, kami nyatakan itu semua adalah tindakan yang membuang masa sahaja.

Cara terbaik untuk membuat tuntutan adalah dengan terus memfailkan saman. Hubungi kami jika anda perlukan penerangan lanjut.

Peguam sivil

Daripada pelabur jadi 'pengemis' | Harian Metro 16/02/2025

Dalam kes macam ni. Akaun syarikat telah dibekukan. Apa yang akan berlaku adalah kerajaan akan buat permohonan di mahkamah untuk rampas wang syarikat yang telah dibekukan tersebut. Wang yang di rampas tidak akan dikembalikan kepada pelabur melainkan pelabur mempunyai bukti kukuh syarikat berhutang dengan Pelabur.

Daripada pelabur jadi 'pengemis' | Harian Metro Kuala Lumpur: “Kami merayu, pulangkan semula wang pelaburan kerana ia hasil titik peluh dan ada juga yang terpaksa meminjam, banyak yang sudah kami korbankan sepanjang terjebak dengan skim pelaburan ini.”

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


19 Jalan Kasuarina 2 Bandar Botanic
Klang
41200