HANIS CARE

HANIS CARE

Share

Photos from HANIS CARE's post 21/04/2026

Berkesempatan pada pagi Ahad yang lalu, kami dari NGO HANIS CARE telah mengadakan Ziarah Kasih ke kediaman YB Mariam Abdul Rashid Melihat wajah sayu beliau yang amat merindui arwah suami tercinta yang telah kembali kepada Sang Pencipta, kami turut merasai kesedihan tersebut. Namun, kehidupan perlu diteruskan dengan penuh kekuatan, ketabahan dan reda.

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu.”
Al-Fatihah.

Alhamdulillah, kami turut membawa sedikit juadah potluck untuk sarapan bersama YB. Kebersamaan ini sedikit sebanyak mengukir senyuman di wajah YB apabila ramai yang hadir menziarahi dan memberi sokongan.

Semoga YB Mariam terus diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini. Moga segala urusan dipermudahkan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. 🤍

Photos from HANIS CARE's post 11/02/2026

📦 Edaran Sumbangan Bakul CNY 🍊

📅 Tarikh: 11/2/2026 (Rabu)
🕕 Masa: 6.15 petang
📍 Tempat: Taman Desa Indah/ Taman Seri Mewah
🤝 Anjuran: Hanis Care, JKP N42A & Ahli Majlis MBDK
🏠 Penerima: 7 buah rumah sekitar Taman Desa Indah & Taman Seri Mewah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Majlis N42A, Puan Anis Zuryani dan Ahli Majlis N42B, Haji Halim Redzuan atas kesudian meluangkan masa bersama menjayakan program ini.

Semoga segala usaha kebajikan ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua ❤️

Photos from HANIS CARE's post 23/06/2025

TRAIL Walk: LOVE OUR NATURE
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Terpanggil dengan kesedaran betapa pentingnya gaya hidup sihat serta mencintai Alam Sekitar..NGO Pertubuhan Sahabat Hati Insan Selangor (Hanis Care) berkerjasama dgn Ahli Majlis N49A Tuan Mohd Rayme Rahman berserta Ahli majlis N42A Tuan Halim Redzuan serta NGO ASAL telah menjalankan program TRAIL Walk LOVE OUR NATURE ini bertempat di Taman Rakyat Klang.

Atas kerjasama sahabat² dengan membuat hebahan maka berkumpulah hari ini semua rakan - rakan terdiri daripada sahabat² NGO PANTAS ,rakan - rakan sukarelawan Hanis care serta individu dan sahabat² berkumpulan yg baru dikenali terut serta dalam prgm hari ini..

Teruja dan sangat - sangat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yg amat baik dari semua pihak yg turut serta menjayakan program hari ini ...
Dengan sambutan yg luar biasa hebat dan sangat² baik ini ..

Kami NGO Hanis Care berbesar hati akan menjemput semula rakan² yg berminat untuk menyertai program kami untuk program yg akan datang .. InsyaaAllah akan kami war² kan kemudian ..🥰😍

Photos from HANIS CARE's post 17/01/2025

[ PROGRAM ANEKA BISKUT RAYA VIRAL ]
Bangkit Cheese Classic
Biskut Pandan Gula Melaka

Alhamdulillah sambutan yang sangat2 luar biasa full Hanie Rich Cake House 🏡
Seramai 60 orang wanita hadir dari Meru, Batu Belah, Kapar & Bukit Kerayong, Klang.

Ribuan terima kasih kepada Puan Aniss Zuryanee dari PWB (Pusat Wanita Berdaya, Meru) sebagai penganjur utama program.

Terima kasih juga kepada Ahli Majlis JKPN42A Tuan Haji Halim Redzuan merasmikan program hari ini juga tajaan goodies premium cookies bersama NGO HANIS CARE kpd semua peserta yg hadir harini. 🍪🍪

Terima kasih kepada Pengerusi KRT Taman Desa Indah En. Jeffri Md Ramli sudi sama2 kolaborasi dan turut bersama sepanjang pgrogram berlangsung sehingga selesai, sokongan padu 👍🏽

Dan Jutaan terima kasih kepada YB Mariam Abdul Rashid kerana sudi datang memberi sokongan sepenuhnya, sedikit sharing ilmu & tazkirah pgrogram sebegini sebagai satu ibadah yang menjadikan pahala buat kita semua. Terima kasih YB 🙏🏻❤️

Photos from HANIS CARE's post 03/01/2025

Alhamdulillah wakil NGO Hanis Care telah selesai menyampaikan sumbangan kerusi roda ,pampes & wang tunai kpd makcik Riah bt Isen di felda Bukit Cherakah.. Terima kasih kpd semua penyumbang ² yg berinfaq ..semoga Allah gandakan rezeki² buat semua penyumbang² dan diberi balasan dgn ganjaran kebaikkan didunia dan diakhirat..Aamiin.
Untuk penyumbang² yg ingin menyumbang utk sumbangan prgm yg akan datang boleh menyumbang di account :
HANIS CARE
1015441100057312
BSN

Photos from HANIS CARE's post 20/12/2024

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, Allah mudahkan semuanya utk Pakcik Ahmad.
Harini team NGO HANIS CARE menyantuni Pakcik Ahmad Jubaidi bin Yusof Pardi seorang pesakit stroke sebelah badan dari tahun 2015.

Malam apresiasi Hanis Care yang lepas kami buat kutipan tabung sumbangan utk pembelian katil hospital, Alhamdulillah hasil sumbangan penyumbang-pemyumbang yang budiman, kami meyampaikan amanah sumbangan katil hospital untuk Pakcik Ahmad Jubaidi.

Terima kasih buat semua penyumbang-penyumbang yang budiman, dermawan antaranya dari Jiran Wanita TDI, sukrelawan Hanis Care dan hamba Allah yang turut menyumbang, semoga Allah gandakan rezeki kalian, diberikan kesihatan yg baik-baik buat semua. Moga Allah terima amalan kita buat bekalan Saham Akhirat kita nanti.
Allahumma Aamiin 🤲🏼

Jom jadi sukarelawan HANIS Care

Photos from HANIS CARE's post 20/12/2024

Cerita Majlis Malam Apresiasi dan Makan Malam Hanis Care & Jiran Wanita Taman Desa Indah Kami ..Diselitkan juga dengan majlis Pelancaran Sukakarelawan NGO Hanis Care dan kutipan Tabung Sumbangan Katil untuk pesakit stroke ..
Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ...Tak lupa juga kepada semua penyumbang - penyumbang tabung sumbangan serta kepada sahabat² yg menaja sebahagian dari hadiah cabutan rezeki terima kasih yg tak terhingga..semoga Allah melimpahkan rezeki dan membalas kebaikkan sahabat² semua dengan ganjaran dunia dan akhirat..❤️
Jom jadi sukarelawan HANIS CARE

Photos from HANIS CARE's post 01/12/2024

Hari minggu buat apa?

Kami HANIS CARE join program Karnival
Salam Rahmah Kuala Selangor Alam pagi ni, Alhamdulillah walaupun hujan rahmat membasahi bumi, Clean Walk tetap diteruskan sambil boleh briskwalk kan. 2in1 👏🏻👏🏻👏🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 tu yg best jadi sukarelawan ni b*k manfaat dapat.

Selesai Clean Walk, kami dijemput ke bual bicara "Diskopi D'Hati"....ilmu sharing dari Puan Norwani utk Wanita2 hebat 💪🏻 sangat bermanfaat yg kita kena ingat sampai bila2, sayangi diri sendri. ❤️💕 Reward diri sendiri, Jaga Emosi 😊 Senyum Selalu, InsyaAllah bahagia selalu.

Apa yang penting kita enjoy dangan apa yg kita buat....betul ke betul?

Aktiviti terakhir kami singgah ke Tapak Karnival Salam Rahmah ..... mcm2 ada kita support peniaga2 Puncak Alam.

BEST kan jadi sukarelawan, ada yg berminat tak nak join kami 🙋🏼‍♀️







Nexts....sapa nak jadi sukarelawan HANIS CARE 🙋🏻

Photos from HANIS CARE's post 31/10/2024

Happy Deepavali ..
Sumbangan Bakul Deepavali disampaikan oleh Biro Jiran Wanita KRT Taman Desa Indah dan HANIS CARE
Terima kasih pada semua yang terlibat

Photos from HANIS CARE's post 27/10/2024

Happy Birthday🎊 HANIS CARE 🎊 🥳 🎂 🍰
Alhamdulillah pejam celik, pejam celik dah setahun baby Hanis Care dalam NGO.

Besar harapan kami untuk Hanis Care terus melangkah lebih jauh, capai impian dan matlamat 💪🏼💪🏼berjaya membantu lebih ramai insan2 yang memerlukan bantuan, merapatkan ukhwah silatularahim & bergabung bersama NGO² lain utk Kebajikan, Riadah serta Kembara Ilmu menuju syurgaMu. InsyaAllah Aamiin 🤲🏼 Doakan kami

Wanita Kuat, Wanita Hebat 💪🏼💪🏼🌹🌹🌹🌹




🎂🥳

Photos from HANIS CARE's post 26/10/2024

Usrah Ajk HANIS CARE bulan Oktober

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


48 Jalan Meranti Bunga 9 Taman Seri Mewah Meru
Klang
41050