Urut Terapi Adelia

Urut Terapi Adelia

Share

15/05/2018

Vitamin C adalah anti-oksida yang digunakan untuk mencerahkan, melembutkan dan meremajakan wajah. Aplikasi vitamin c juga boleh melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan menjadikan kulit anjal dan mengurangkan kedutan.

Cara menggunakan losyen atau serum Vitamin C:

1. Cari losyen, krim atau serum yang mengandungi 3-10% vitamin c. Kandungan aktif di dalam label adalah Ascorbic Acid, iaitu nama bagi vitamin c.

2. Cuci muka dengan pencuci lembut yang sesuai dengan kulit muka, Kemudian keringkan dengan tuala lembut.

3. Sapu rata vitamin c keseluruh muka yang telah di keringkan.

4. Sapu pelembap yang bersesuaian dengan kulit muka. Vitamin c tersebut mungkin akan terasa kering dan pedih pada kulit yang sensitif.

5. Gunakan sunscreen yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 15. Vitamin c juga bertindak menghalang kesan matahari yang membahayakan tetapi ianya bukanlah sebagai pengganti sunscreen.

TIPS:

Anda boleh gunakan vitamin c pada waktu pagi tetapi jika di gunakan pada waktu malam sebelum tidur akan memberi kesan lebih untuk asid tersebut meresap ke dalam kulit.

Ascobic acid adalah bahan yang cepat rosak. Bekas simpanan yang kedap cahaya adalah lebih baik dari bekas yang cerah.

Jika boleh, pilihlah produk yang menggunakan pam untuk mengurangkan vitamin c tersebut dari terdedah ke udara. Simpan di tempat sejuk dan kering bila tidak di gunakan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Klang
41250SELANGOR

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00