Kesdat

Kesdat

Share

Photos from Kesdat's post 22/05/2026

MENJUNJUNG KURNIA TUANKU SEMPENA ISTIADAT PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan pingat kepada 225 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-80 pada 20 Mei 2026 bersamaan 3 Zulhijjah 1447H bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang merangkap Penaung KESDAT, YBrs. Puan Nur Afizah binti Ahmad, Pengerusi KESDAT serta seluruh wargakerja Pejabat Daerah dan Tanah Klang merakamkan sekalung tahniah kepada penerima dari jabatan ini.

Semoga terus cemerlang berkhidmat untuk Negeri Selangor Darul Ehsan.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

01/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang atas dedikasi, komitmen dan khidmat bakti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

✨ Pekerja Madani, Kesuma Bangsa

Semoga setiap usaha diberkati dan dipermudah. Terima kasih atas jasa anda.

Selamat Hari Pekerja! 💛

Ikhlas daripada:
Kelab Kebajikan dan Sukan (KESDAT)
Pejabat Daerah dan Tanah Klang

Photos from Kesdat's post 11/03/2026

🌙 𝓟𝓻𝓸𝓰𝓻𝓪𝓶 𝓑𝓾𝓫𝓾𝓻 𝓛𝓪𝓶𝓫𝓾𝓴 𝑲𝑬𝑺𝑫𝑨𝑻 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝐵𝑢𝑏𝑢𝑟 𝐿𝑎𝑚𝑏𝑢𝑘 𝐾𝐸𝑆𝐷𝐴𝑇 pada 10 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya melalui gotong-royong ahli KESDAT, bersama penyertaan PUSPANITA Daerah Klang.

Sebanyak dua periuk bubur lambuk disediakan oleh KESDAT untuk warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang, manakala satu periuk lagi disediakan oleh PUSPANITA Daerah Klang untuk diagihkan kepada agensi-agensi sekitar.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Amri bin Ismail, yang sudi bersama-sama menyantuni para sukarelawan di kalangan Ahli KESDAT dan juga Ahli PUSPANITA Daerah Klang. Beliau juga telah menyempurnakan penyerahan bubur lambuk kepada wakil-wakil unit di Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta wakil PUSPANITA sebagai simbol kebersamaan dan perkongsian rezeki sempena bulan Ramadan.

Tahniah kepada Biro Agama KESDAT atas penganjuran program ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDT Klang sepanjang bulan Ramadan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00