KAMARUL HARUN

KAMARUL HARUN

Share

01/10/2021

EJENSI HARTANAH.
**[INFO]: TERMA ASAS DALAM HARTANAH.
*UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMA:

1. DEPOSIT.
Deposit rumah ialah bayaran pendahuluan 10% daripada jumlah harga belian sesebuah hartanah. Pembayaran ini menjadi isyarat komitmen anda untuk melengkapkan pembelian.

Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk membeli sebuah hartanah yang berharga RM 600,000, anda perlu membuat bayaran pendahuluan atau deposit minimum sebanyak RM 60,000.

2. HARGA SEKAKI PERSEGI (PSF)
Hartanah biasanya diukur dalam kiraan kaki persegi. Oleh itu, nilai hartanah ditentukan berdasarkan harga setiap kaki persegi.

Pemburu hartanah boleh menggunakan sekaki persegi untuk membuat perbandingan antara harga dan saiz rumah yang berbeza-beza.

3. PINJAMAN.
Pinjaman daripada bank dapat membantu anda membeli hartanah. Banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan sehingga 90% daripada jumlah harga belian hartanah tetapi itu bergantung kepada kekukuhan kewangan anda.

Terdapat beberapa jenis pinjaman yang anda boleh pilih seperti pinjaman tetap (fixed loan), pinjaman separa boleh ubah (semi-flexi loan) dan pinjaman boleh ubah (flexi loan).

4. SKOR KREDIT
Skor kredit CTOS dan CCRIS anda memaklumkan bank sama ada anda akan membayar balik pinjaman anda. Bank dan institusi kewangan menggunakan skor kredit ini sebagai penunjuk sebelum mereka menentukan kelayakan anda mendapat pinjaman, kadar faedah yang akan dikenakan dan had kredit anda.

Setiap bank mempunyai kaedah tersendiri untuk menilai skor kredit anda. Oleh itu, peluang untuk anda mendapat kelulusan pinjaman juga pastinya turut berbeza.

5. NISBAH PEMBIAYAAN HUTAN (DSR)
Nisbah pembiayaan hutang (DSR) ialah nisbah jumlah hutang berbanding pendapatan isi rumah. Bank menggunakan DSR sebagai penunjuk jumlah pendapatan yang anda gunakan untuk membayar hutang atau memenuhi komitmen kewangan.

Jika anda ingin memiliki sebuah rumah, DSR anda biasanya tidak boleh melebihi 70% daripada jumlah komitmen anda tetapi itu semua tertakluk kepada bank atau institusi kewangan yang berkenaan.

Formula untuk DSR ialah DSR = Hutang ➗ Pendapatan bersih ✖️ 100%.

6. PERJANJIAN JUAL BELI (SPA/S&P)
Perjanjian Jual Beli (SPA/S&P) ialah kontrak bertulis yang mewakili penjual dan pembeli dalam transaksi hartanah. Ia mengandungi kesemua terma dan syarat yang dipersetujui dan mengikat kedua-dua belah pihak semasa transaksi.

Ini dilakukan melalui peguam yang akan menerangkan terma-terma kontrak kepada anda. Sebelum menandatangani SPA, pastikan anda membaca dan memahami kesemua terma dalam dokumen kerana anda akan terikat selepas menandatanganinya.

7. DUTI SETEM
Duti setem ialah cukai yang dikenakan ke atas dokumen yang sah seperti perjanjian pinjaman, jualan, pemindahan dan lain-lain transaksi hartanah. Ini termasuk duti setem untuk SPA hartanah anda serta Memorandum Pemindahan (MOT). Kadar duti setem yang dikenakan bergantung kepada harga hartanah.

8. YURAN PENILAIAN
Ini merupakan yuran yang dikenakan oleh bank untuk menentukan nilai hartanah yang anda beli. Penilaian ini akan dilakukan oleh jurunilai berkelayakan dan proses ini diperlukan oleh pihak bank sebelum meluluskan pinjaman perumahan.

Yuran penilaian dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada harga belian. Contohnya, 0.25% untuk RM 100,000 pertama dan 0.2% untuk baki berikutnya sehingga RM 2 juta.

9. YURAN GUAMAN
Anda perlu melantik seorang peguam untuk mendapatkan bantuan guaman semasa proses pembelian hartanah. Peguam tersebut akan menyediakan semua perjanjian dan dokumen yang perlu dalam pemindahan hartanah.

Yuran guaman yang dikenakan adalah antara 0.25% sehingga 1%, bergantung kepada nilai hartanah dan dikira mengikut peratusan daripada harga belian.

10. MRTA dan MLTA
MRTA dan MLTA adalah dua jenis insurans rumah yang berbeza. Ia adalah jenis-jenis insurans yang dimestikan oleh pihak bank dan adalah sebahagian daripada pakej pinjaman perumahan anda. Ia bertujuan untuk melindungi nilai hartanah.

**Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) bergantung kepada umur peminjam dan jumlah pinjaman untuk membeli hartanah. **Insurans Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTA) menawarkan pembayaran balik baki pinjaman yang belum dijelaskan dan nilai tunai terjamin pada akhir skim.

Baca lebih lanjut tentang insurans pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.

11. PEGANGAN PAJAK
Tempoh pegangan pajak biasanya selama 30, 60, 99 atau dalam sesetengah kes 999 tahun.

Tanah dipajak atau disewa daripada kerajaan. Ini juga bermakna pemilik rumah perlu memperbaharui tempoh pajakan sebelum ia tamat. Ini memerlukan satu premium, bergantung kepada jenis hartanah.

Pemindahan pemilikan mungkin mengambil masa yang lama kerana hartanah pegangan pajak biasanya mempunyai banyak batasan.

12. PEGANGAN KEKAL
Tempoh pemilikan untuk hartanah pegangan kekal tidak terhad. Pemilikan tanah adalah dalam bentuk hak milik induk.

Ini bermakna proses pemindahan hartanah tersebut adalah lebih mudah tanpa banyak halangan.

13. HAK MILIK STRATA
Hak milik strata selalunya dikeluarkan untuk hartanah bertingkat tinggi seperti kondominium, kediaman berservis, apartment dan rumah pangsa.

Ciri-ciri yang lazim terdapat pada sebuah hartanah strata (atas tanah atau bertingkat tinggi) ialah kemudahan yang dikongsi bersama semua penduduk seperti kolam renang.

14. KEDIAMAN TIDAK TERJUAL
Ini merupakan hartanah yang masih belum terjual selepas sembilan bulan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).

**Sekarang anda faham beberapa terma penting berkaitan dengan pembelian hartanah dan tidak lagi sakit kepala cuba memahami istilah dan perkataan-perkataan pelik yang digunakan sepanjang proses jual beli.
KAMARUL HARUN
Real Estate Negotiator 03750
Contact- 6016-3477 837
WhatsApp- www.wasap.my/60163477837

IPC REALTY SDN BHD E(1)1440/1
IPC Group of Companies
Real Estate Agency
Hotline 603-3319 0837

30/09/2021

EJENSI HARTANAH.
**[INFO]: TERMA ASAS DALAM HARTANAH.
1. REA: REAL ESTATE AGENT
-Principal.
-Pemegang Lesen Ejensi Harta Tanah.

2. PEA: PROBATIONARY ESTATE AGENT
-Ejen Hartanah Percubaan (PEA).
-Tempoh praktikal di bawah pengawasan REA untuk tempoh 1 ke 2 tahun.

3. REN: REAL ESTATE NEGOTIATOR
-Perunding Hartanah.
-Pembantu Ejen Harta Tanah.
-Perlu menjalani kursus NCC di bawah seliaan BOVEAP.

4. WTS: WANT TO SELL
-Hartanah untuk dijual.

5. WTB: WANT TO BUY
-Mencari untuk membeli hartanah.

6. WTR: WANT TO RENT
-Mencari untuk menyewa Hartanah.

7. WTL: WANT TO LET
-Hartanah untuk disewa.

8. COA: CO AGENCY
-Kerjasama untuk jual beli hartanah samada dalam ejensi yang sama atau berlainan.

9. SNP/SPA/S&P
-Sales and Purchase Agreement
-Perjanjian Jual Beli

10. FH: FREEHOLD
-Pegangan Bebas.

11. LH: LEASEHOLD
-Pegangan Pajakan (Tempoh pajakan berbeza mengikut negeri)

12. MR: MALAY RESERVED
-Rezab Melayu

13. BU: BUILT-UP
-Saiz binaan bangunan.

14. LA: LAND AREA
-Size keluasan tanah.

15. ROI: RETURN ON INVESTMENT

16. COCR: CASH ON CASH RETURN

17. FLIPPING
-Aktiviti penjualan semula hartanah dengan kadar segera untuk mendapatkan keuntungan.

18. FAIR VALUE
-Harga adil untuk penjual dan pembeli hartanah.

19. BR: BASE RATE
-Kadar Interest atau bank charges menggantikan BLR, berdasarkan Cost of Found (COF) dan Statutory Reserved Requirement (SRR).

20. BLR: BASE LANDING RATE
-Berdasarkan Overnight Policy Rate (OPR)

21. LOCKING PERIOD
-Tempoh tertentu yang dikenakan oleh pihak Bank untuk elak peminjam membuat 'settlement' awal. Kebiasaanya untuk tempoh 3 ke 5 tahun.

22. YIELD: HASIL
-Biasanya dikira dari jumlah Sewa Bulanan x 12 Bulan / dengan Kos Hartanah x 100%. Hasil terbaik bersamaan atau lebih kadar % bank 5% dan ke atas.

23. MASTER TITLE
-Geran Besar/ Induk

24. INDIVIDUAL TITLE
-Geran Individu

25. STRATA TITLE
-Geran strata adalah geran individu berasingan dikeluarkan untuk unit rumah, pangsapuri atau pejabat dalam pembangunan yang berkongsi kemudahan bersama.

26. SOHO: SMALL OFFICE HOME OFFICE

27. SOFO: SMALL OFFICE FLEXIBLE OFFICE

28. SOVO: SMALL OFFICE VERSATILE OFFICE

29. CAVEAT
-Sekatan/ Halangan
-Jenis: Pendaftar, Persendirian, Lien dan Amanah.

30. RPGT: REAL PROPERTY GAIN TAX

31. CKHT: CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

32. DSR: DEBT SERVICE RATIO

33. MLTA: MORTGAGE LEVEL TERM ASSURANCE

34. MLTT: MORTGAGE LEVEL TERM TAKAFUL

35. MRTA: MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE

36. MRTT: MORTGAGE REDUCING TERM TAKAFUL

37. CONSENT
-Kebenaran yang diperlukan daripada pihak berkuasa seperti Kerajaan Negeri, PBT dan Pemaju.

38. PSF/ SQ FT: PER SQUARE FEET/ SQUARE FOOT

39. MV: MARKET VALUE
-Nilai sebenar yang diberikan oleh penilai berdaftar.

40. ASKING PRICE
-Nilai Permintaan dari Pemilik Hartanah.

41. ONO: OR NEAREST OFFER

42. MAINTENANCE FEES
-Bayaran penyenggaraan dan pemuliharaan harian di kawasan hartanah terutama hartanah strata atau bertingkat.

43. SINKING FUND
-Bayaran kump**an wang pelepasan.
-Dana sebanyak 10% yang diasingkan dari jumlah bayaran penyenggaraan untuk untuk tujuan perbelanjaan masa depan seperti pembaikan besar di kawasan hartanah terutama hartanah strata atau bertingkat

44. QUIT RENT: CUKAI TANAH

45. ASSESMENT: CUKAI TAKSIRAN/ CUKAI PINTU

46. JMB: JOINT MANAGEMENT BODY
-Badan Pengurusan Bersama
-JMB wujud sebagai badan rujukan sebelum pengeluaran hakmilik.

47. JMC: JOINT MANAGEMENT CORPORATION
-Perbadanan Pengurusan Bersama

48. MC: MANAGEMENT CORPORATION
-Perbadanan Pengurusan
-Diwujudkan setelah hakmilik dikeluarkan

49. SUB-MC
-Sub-MC diperlukan sekiranya pembangunan terlalu besar dan sukar diuruskan oleh sebuah jawatankuasa.

50. VP: VACANT POSSESSION
-Serahan Milikan Kosong

51. AGM: ANNUAL GENERAL MEETING
-Mesyuarat Agung Tahunan

52. EGM: EXTRAORDINARY GENERAL MEETING
-Mesyuarat Agung Luar Biasa

53. DMC: DEED OF MUTUAL COVENANT
-Dokumen Perjanjian Bersama
KAMARUL HARUN
Real Estate Negotiator 03750
Contact- 6016-3477 837
WhatsApp- www.wasap.my/60163477837

IPC REALTY SDN BHD E(1)1440/1
IPC Group of Companies
Real Estate Agency
Hotline 603-3319 0837

26/09/2021

KAMARUL HARUN
Real Estate Negotiator 03750
Contact- 6016-3477 837
WhatsApp- www.wasap.my/60163477837
Email- ipckamarulharun @ gmail.com

IPC REALTY SDN BHD E (1) 1440/1
IPC Group of Companies
Real Estate Agency
Hotline 603-3319 0837

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Klang
41200