APM Negeri Selangor
12/06/2026
MAJLIS PENUTUP LATIHAN OPERASI KESELAMATAN AKUATIK DAN PENYELAMATAN
11 Jun 2026, Khamis- YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim telah hadir ke Majlis Penutup Latihan Operasi Keselamatan Akuatik dan Penyelamatan bertempat di ALPHA, Bangi.
Program telah dijalankan dari 6 hingga 10 Jun 2026. Latihan operasi keselamatan akuatik dan penyelamatan dijalankan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan, meningkatkan kemahiran teknikal anggota, dan membina keyakinan diri dalam mengendalikan sebarang kecemasan di air.
Turur hadir, Mej (PA) Mohd Nizam bin Yahid, Ketua Pengurusan Cawangan Angkatan dan Latihan. Seramai 30 peserta telah menyertai latihan tersebut.
Berikut gambar sepanjang program berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai latihan operasi keselamatan akuatik dan penyelamatan ini.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
10/06/2026
PERBINCANGAN KERJASAMA APM BERSAMA NGO DAN PEGAWAI BERSEKUTU
10 Jun 2026 - YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor telah menerima kehadiran dari Mej. Bersekutu Noor Harnanie binti Haji Buang dan Muhammad Hanafi bin Jalalludin ke Pejabat Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor pagi ini.
Satu perbincangan turut diadakan mengenai pelaksanaan aktiviti Pertahanan Awam diperingkat komuniti.
Turut terlibat dalam perbincangan tersebut, Mej. (PA) Mohd Nizam bin Yahid, Ketua Pengurusan Cawangan Angkatan dan Latihan & Lt. (PA) Noraini binti Nawi, Unit Pengurusan Angkatan.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
10/06/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANGGOTA YANG DITIMPA MUSIBAH DARI UNIT AL BAROKAH
Dengan penuh rasa prihatin, Unit Al Barokah telah mengambil inisiatif dengan menyampaikan sumbangan kepada saudara L/Kpl. (PA) Ahmad Safri bin Yahya yang telah mengalami kecederaan akibat insiden tertanduk lembu semasa pelaksanaan ibadah korban Aidiladha. Wakil anggota dari Hulu Langat, Pbt. Syafiq Irfan bin Abdullah telah hadir ke Pejabat Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor harini untuk menerima sumbangan tersebut.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor mendoakan agar saudara dikurniakan kesembuhan yang sempurna, diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pemulihan.β
ππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
09/06/2026
08/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KEPADA APM NEGERI SELANGOR
08 Jun 2026, Isnin - YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor telah menerima Kunjungan Hormat dari Perbadanan Wakaf Selangor melalui Unit Al Barokah pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Pejabat Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor.
Perbincangan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, Encik. Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat dan Encik. Mohd Sapie Tumiran, Pembantu Eksekutif.
Melalui perbincangan tadi, diterangkan dengan konsep wakaf yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah menjadi bekalan pahala berterusan kepada pewakaf selagi mana manfaat wakaf tersebut digunakan.
Selain itu, memetrai jalinan kerjasama APM Selangor melalui Unit Al-Barokah bersama Perbadanan Wakaf Selangor demi merealisasikan pembangunan sosial demi kesejahteraan ummah.
Di samping itu, penerangan tentang kepentingan amalan wakaf sebagai salah satu bentuk sedekah jariah yang berkekalan manfaatnya walaupun selepas seseorang meninggal dunia serta turut diberikan kefahaman mengenai peranan wakaf dalam membangunkan institusi agama, pendidikan, kebajikan serta memperkukuhkan kesejahteraan ummah.
Turut terlibat dalam perbincangan tersebut, Lt. (PA) Ab Azizul Hakim bin Ab Rahim, Unit Pengurusan Bencana dan Operasi serta Pengerusi Unit Al Barokah, Lt. (PA) Noraini binti Nawi, Unit Pengurusan Angkatan.
"Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir."
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS
07/06/2026
[[HARI KETIGA]] PAMERAN APM SELANGOR MALAYSIA INTERNATIONAL DIVE EXPO (MIDE) 2026
Jumaat, 7 Jun 2026 - Sekitar hari ketiga pameran Malaysia International Dive Expo 2026 (MIDE) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Pameran MIDE 2026 bertemakan βForged by the Oceanβ yang bertujuan mempromosikan industri selam, pelancongan, dan pemuliharaan marin di rantau Asia. Ia berfungsi sebagai hab untuk pembekal, pengusaha resort, dan peminat selam berinteraksi, menemui destinasi baharu, serta mempamerkan peralatan dan teknologi marin terkini.
Turut hadir, Yang Berhormat Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YBHG. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta Datoβ- Datoβ yang telah hadir untuk memeriahkan booth pameran yang telah disediakan oleh APM Negeri Selangor.
Hari ini merupakan hari terakhir pameran APM Selangor, Malaysia International Dive Expo bertempat di MITEC. Terima Kasih kepada yang telah hadir dan memberi sokongan kepada kami.
Jumpa anda tahun hadapan!
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
07/06/2026
MAJLIS PENTAULIAHAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9 SEMPENA 2ND POLYCC MALAYSIAN CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP AND COMMISSIONING (MalCiDAC) TAHUN 2026
Sabtu, 06 Jun 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.
PISPA ialah modul kokurikulum di Politeknik, Kolej Komuniti dan TVET yang bertujuan membentuk disiplin, kepimpinan, kemahiran insaniah serta kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar. Ia juga membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology.
Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing.
Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pengarah-pengarah JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti, Pegawai Kanan APM, Pegawai Bersekutu APM, Pegawai dan Anggota APM serta para peserta yang terlibat.
Berikut merupakan kedudukan PISPA APM Selangor dalam perlabagai acara:
β«οΈKawad Kaki - 1
β«οΈMasakan Medan - 4
β«οΈVehicle Extrication - 8
β«οΈKawad Usungan - 6
β«οΈQ & A - 11
β«οΈMelawan Kebakaran - 3
β«οΈKerohanian - 2
β«οΈKetua Platun Terbaik - PISPA Negeri Selangorπ
β«οΈJuara Keseluruhan- PISPA Negeri Selangorπ
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Kadet PISPA Negeri Selangor yang telah menjadi juara keseluruhan. Semoga ia menjadi suntikan semangat buat semua pelajar khususnya untuk terus menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan negara.
Link gambar: https://drive.google.com/drive/folders/1Ya4gc9WVBe8FIouRLFQ7hJyYDT3kAWVb
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
06/06/2026
[[HARI KEDUA]] PAMERAN APM SELANGOR MALAYSIA INTERNATIONAL DIVE EXPO (MIDE) 2026
Sabtu, 6Jun 2026 - Sekitar hari kedua pameran Malaysia International Dive Expo 2026 (MIDE) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Pameran MIDE 2026 bertemakan βForged by the Oceanβ yang bertujuan mempromosikan industri selam, pelancongan, dan pemuliharaan marin di rantau Asia. Ia berfungsi sebagai hab untuk pembekal, pengusaha resort, dan peminat selam berinteraksi, menemui destinasi baharu, serta mempamerkan peralatan dan teknologi marin terkini.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Reruai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor (APM). Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua bagi memeriahkan program ini.
Jumpa anda di sana!
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Address
ARAS 3, WISMA PERSEKUTUAN KLANG, PERSIARAN BUKIT RAJA 1/KU1
Klang
41150