Is Dobi

Is Dobi

Share

19/02/2026

Assalamualaikum

✨ SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA ✨

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat yang melimpah buat anda sekeluarga.
Terima kasih kerana terus memilih ISDOBI tanpa was-was sebagai dobi pilihan anda.

InsyaAllah, kami di ISDOBI komited memberikan perkhidmatan terbaik, bersih dan wangi setiap masa sepanjang Ramadan ini.

πŸ“ ISDOBI
Jalan Iskandar, Bukit Kapar
Kedai Dobi Layan Diri 24 Jam

Semoga setiap amal ibadah kita diterima dan dipermudahkan

Photos from Is Dobi's post 21/08/2025

Assalamualaikum

πŸ”§βœ¨ Cerita Disebalik Mesin ISDOBI βœ¨πŸ”§

Pada Khamis, 16 Ogos 2025, salah satu mesin pencuci 18KG kami mengalami sedikit masalah teknikal. Hasil analisis, kami dapati inlet valve tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Tanpa berlengah, kami terus uruskan untuk dapatkan part gantian baru – sebab kami tahu, setiap mesin di ISDOBI adalah nadi penting untuk keselesaan pelanggan. Alhamdulillah, pada Isnin, 18 Ogos 2025, part gantian sampai dan pasangannya berjaya dibuat. Mesin berfungsi semula dengan cemerlang πŸ™Œ

Ini sebahagian daripada komitmen kami – bila ada masalah, kami terus selesaikan secepat mungkin, supaya warga Bukit Kapar boleh terus mendobi dengan tenang di ISDOBI, Jalan Iskandar. πŸ§ΊπŸ’™

πŸ‘‰ Jadi, jom teruskan pilihan bijak anda. Datang mendobi di ISDOBI – dobi layan diri yang sentiasa memastikan mesin tip-top untuk anda.

ISDOBI
JALAN ISKANDAR
BUKIT KAPAR



* INLET VALVE - Fungsi utama INLET VALVE pada mesin basuh Huebsch adalah untuk mencampur air sejuk dan air panas bagi mendapatkan suhu air yang tepat untuk proses mencuci.
Ia bertindak sebagai komponen penting yang memastikan air yang masuk ke dalam dram mesin basuh mempunyai suhu yang betul, mengikut tetapan program yang dipilih.

09/06/2025

Assalamualaikum

🌟 Kami Sambung Lagi 3 Tahun! – ISDOBI Terus Melangkah 🌟

Minggu lepas kami perbaharui SSM ISDOBI untuk tempoh 3 tahun lagi.

Alhamdulillah, ini bukan sekadar dokumen rasmi β€” tapi tanda bahawa perjalanan kami masih jauh, dan misi kami belum selesai.
Dari hari pertama mesin pertama mula berputar, hingga hari ini, kami terus belajar, berkembang, dan berbakti kepada komuniti Bukit Kapar & sekitarnya.

Kami bukan sekadar tempat cuci baju.
ISDOBI adalah ruang singgah untuk keluarga, bujang, pekerja dan warga setempat.
Ruang untuk berehat, berbual, menunggu… sambil baju dibersihkan, hati pun tenang.

πŸ’‘ Dengan setiap pembaharuan, datang azam baru:
βœ”οΈ Mesin lebih efisien
βœ”οΈ Servis lebih mesra
βœ”οΈ Ruang lebih selesa
βœ”οΈ Waktu lebih fleksibel

Dan insyaAllah, rasa seperti macam kurang je jika ada 1 unit dobi ISDOBI.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong.
Jom terus bersama kami dalam perjalanan ini.

πŸ“ ISDOBI, Bukit Kapar
⏰ 24 jam beroperasi
🌬️ Bau wangi, kain bersih, hati senang.

Photos from Is Dobi's post 03/06/2025

πŸŒ‡ Kisah Petang di ISDOBI – 3 Jun 2025

Petang tadi, sekitar jam 6.15 petang, seorang pelanggan singgah ke ISDOBI, Bukit Kapar untuk mengeringkan pakaian. Sambil menunggu, beliau duduk berehat di kerusi dan meja yang kami sediakan untuk keselesaan pelanggan.

Jam 6.45 petang, pelanggan tersebut selesai urusan dan terus pulang. Tapi, tanpa disedari… ada sesuatu tertinggal.

Tepat jam 7.00 malam, seorang lagi pelanggan yang hadir ke ISDOBI ternampak sebuah dompet tertinggal di atas meja. Beliau terus maklumkan kepada kami dengan jujur dan amanah.

Kami sampai ke ISDOBI sekitar 7.05 malam untuk buat kerja-kerja kemas dan pembersihan (5S), dan pelanggan yang prihatin tadi memberitahu tentang dompet itu.

Saya pegang dompet tersebut sambil teruskan menyapu dan mengemas…

Dan akhirnya, jam 7.10 malam,
Alhamdulillah, pemilik dompet datang semula. Serahan dompet dilakukan dengan selamat.

🀝 Syukur dan Terima Kasih

Kami bersyukur kerana Allah datangkan pelanggan yang hebat, jujur dan amanah.
Inilah semangat komuniti yang kami hargai di ISDOBI β€” tempat mencuci yang bukan sekadar mendobi, tapi penuh nilai dan keikhlasan.

🧺🌸 Jom Cuci, Jom Wangi

Kalau anda nak cuci sambil santai, tunggu baju kering dengan bau harum,
Mai singgah ke:

ISDOBI
Jalan Iskandar
Bukit Kapar

πŸ“ Buka 24 jam
βœ… WAZE ISDOBI Jalan Iskandar, Bukit Kapar

Want your business to be the top-listed Cleaning Service in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Iskandar, Kapar
Klang
42200