SRA Rantau Panjang
09/03/2026
📣 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏 𝐒𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐅𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 📣
‼️ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pautan :
https://mylink.la/upsbpi
📆 bermula 𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 :
🔴 Calon, Ibu dan Bapa adalah 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 ( 𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟲 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 (𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟳 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
‼️ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 ‼️
Baca dengan teliti syarat dan maklumat yang dipaparkan dan ikut setiap arahan yang dinyatakan agar proses permohonan pendaftaran berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
27/01/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 23 & PERMUAFAKAAT MURID TAHUN 4,5 & 6 TAHUN 2026
Semua ibubapa/penjaga murid dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 23 dan Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 4,5, & 6 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 31/01/2026
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh hari
Tempat : Dataran Mumtaz
SRA Rantau Panjang
Kehadiran tuan/puan adalah sebahagian daripada bentuk kerjasama dan keprihatinan sebagai ibubapa/penjaga dalam membantu pembangunan sekolah dan pendidikan anak-anak.
Sekian, terima kasih.
19/01/2026
CERAMAH ISRA' MIKRAJ 1447H
Majlis sambutan Isra' Mikraj ringkas anjuran Biro Dakwah SRA Rantau Panjang.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazim bin Abu Mokhtar dalam slot pertama. Manakala slot kedua disampaikan oleh Ustaz Muqaddim Basit bin Muhamad Hizuan.
Penceramah mengambil ruang menerangkan pengertian dan sejarah penganugerahan Isra' dan Mikraj kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, menerusi ceramah Israk Mikraj ini, murid mengetahui kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad, kesedihan dan perjuangan Baginda Muhammad dalam menyebarkan agama Islam.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Telephone
Address
Sra Rantau Panjang Jalan Palembang Telok Kapas
Klang
42100