Mymcchoco
29/06/2025
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI
Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"
Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.
Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.
Sembahyang (sunat):
1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat
2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat
3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat
5. Solat sunat Witir - 3 rakaat
Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."
Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.
Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.
Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅
Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?
1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."
2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.
Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.
Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.
Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.
Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.
Tiba-tiba, orang sihat p**ak mati.
Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.
Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.
Kita esok bila mati, biar senyum.
TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
21/05/2025
Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah p**a buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.
Kredit Muhammad Abdul Wahab
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Address
Klang