SashaK Property

SashaK Property

Share

13/03/2023

PROJEK PAHANG DARUL MAKMUR
🏡PALM HILL @ BERA, PAHANG (BANGLO)
🔴SKIM '0' DEPOSIT
✔ Tanpa Deposit
✔ Free booking
✔ Free Perjanjian Pinjaman & Yuran Guaman & Kos Tukar Hak Milik
✔ Free Stamp Duty (Pemilikan Hartanah Pertama)
🔴BANGLO
• Banglo 1 tingkat
• 3 Bilik Tidur / 2 bilik mandi
• Saiz Binaan : 900 sqft
• Keluasan Binaan : 32 X30 sqft
• Keluasan Tanah : 4540-6867 sqft
🔴TERBUKA KEPADA
• LPPSA
🔴STATUS TANAH
• Leasehold & Rezab Melayu
🔴KAWASAN BEBAS BANJIR
🔴STATUS BINAAN
• Dalam Pembinaan
• Jangkaan Siap 2024
🔴KEMUDAHAN BERDEKATAN
• SMK Seberang Temerloh.
• Hospital Temerloh
• Stesyen Minyak
• Bank
• Uitm Jengka
• Kolej Komuniti Temerloh
• Masjid Abu Bakar Temerloh
• Klinik Kesihatan Temerloh
• Stadium MP Temerloh
• 15 Min dari Exit Chenor
🔴HARGA:
Bermula Dari RM 350,000

http://wasap.my/60173256037/projectberaFB
http://wasap.my/60173256037/projectberaFB
http://wasap.my/60173256037/projectberaFB

Harga rumah di Malaysia: Adakah ledakan pasaran akan berlaku pada tahun 2022? - iproperty.com.my 23/07/2022

https://www.iproperty.com.my/guides/harga-rumah-malaysia-ledakan-pasaran-2022/

Harga rumah di Malaysia: Adakah ledakan pasaran akan berlaku pada tahun 2022? - iproperty.com.my ShareArtikel ini akan membezakan antara pertumbuhan dan lonjakan harga rumah. Juga dibincangkan ialah kenaikan harga keluli dan apa yang pembeli ...

12/07/2021

TIPS / AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU
====================================

( Samada rumah sewa yang sudah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua )

1️⃣Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang s**a tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2️⃣Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3️⃣Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain p**a, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4️⃣Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5️⃣Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

▶️Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

Sumber :Tips Hias Rumah

Want your business to be the top-listed Business in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Klang