EKSA KKKB
05/05/2026
Nama Program : Kempen Kesedaran E-Waste
Tarikh : 29 April 2026
Tempat : Kolej Komuniti Kepala Batas
Anjuran : Unit Smartgreen dan EKSA
Satu Program Kempen Kesedaran E-Waste telah berjaya dilaksanakan oleh Unit UI Greenmatric dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran warga institusi terhadap kepentingan pengurusan sisa elektrik dan elektronik secara selamat serta lestari.
Taklimat kesedaran e-waste telah disampaikan oleh Puan Intan Arnieza binti Abdul Razak, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan bahaya e-waste, kaedah pelupusan yang betul serta peranan masyarakat dalam memelihara alam sekitar. Program ini turut dihadiri oleh En. Shuhaimi bin Samanol, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, sebagai tanda sokongan padu pihak pengurusan kolej terhadap pelaksanaan kempen dan program kelestarian alam sekitar.
Selain sesi taklimat, turut diadakan sesi kuiz interaktif kepada peserta. Warga kolej turut mengambil peluang membawa barangan elektrik dan elektronik terpakai untuk dilupuskan secara berhemah. Penjualan barangan e-waste yang dikumpulkan telah ditukar kepada wang tunai, sekali gus memberi nilai tambah kepada peserta di samping menggalakkan amalan pelupusan yang bertanggungjawab.
06/04/2026
Kempen Eksa bulanan iaitu Jom Jimat Air akan berlangsung pada bulan April 2026.
06/04/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
🌹Unit EKSA KKKB dengan kerjasama Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman), KRT Fasa 4 & 5 Taman Bertam Indah & Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah akan menganjurkan Program "Go Green with Recycle' (jual barangan kitar semula ) seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Kepala Batas
🌹HADIAH dan SIJIL bagi tempat PERTAMA, KEDUA & KETIGA akan diberikan kepada individu yang menjual jumlah barangan kitar semula terbanyak bagi kategori (STAFF, PELAJAR & ZON).
25/08/2025
NAMA: PENGAGIHAN CENDERAHATI KEPADA ZON SEMPENA KEJAYAAN RECYCLE NOW TROPHY 2024
TARIKH : 22 OGOS 2025
Tahniah, KKKB telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Recycle Now Trophy 2024 anjuran pihak Environment Idaman Sdn. Bhd.
Sebagai tanda penghargaan, sedikit cenderahati dalam bentuk sumbangan wang tunai telah diberikan kepada setiap zon. Sumbangan ini boleh dimanfaatkan bagi tujuan menjalankan aktiviti gotong-royong, atau menguruskan keperluan zon masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga KKKB atas komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan program Go Green ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Kepala Batas
13200