Fyranz
13/09/2018
Wah, gebunya kulit wajah dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Bukan wajah wanita saja, kerana kini semakin ramai lelaki yang mempunyai kulit muka yang mulus.
Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.
Di sini, ada 10 langkah mudah yang boleh dilakukan setiap wanita bermula seawal usia remaja bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik:
1. Pilih pencuci wajah yang sesuai
Pertama sekali, sebelum mencuci muka, haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.
2. Skrub wajah dua kali seminggu
Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.
3. Cuci dengan air suam
Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan p**i.
4. Tanggalkan mekap sebelum mencuci wajah
Ramai yang menganggap mencuci muka cukup untuk menghilangkan mekap, namun ternyata ia salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk ditanggalkan dan kita boleh menggunakan cecair penanggal mekap yang lembut. Lembapkan kapas dengan cecair ini dan tanggalkan mekap anda dengan urutan yang lembut. Selepas itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.
5. Cuci tangan dengan sabun
Wajah sepatutnya menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang mengamalkan untuk mencuci tangan sekerap mungkin. Jadi setiap kali anda mahu menyentuh muka, cucilah tangan dengan bersih sama ada menggunakan sabun mandi atau cecair pencuci tangan biasa mahupun yang mengandungi ciri antibakteria.
Walaupun ada pihak menyarankan kita menggunakan sabun antibakteria, tetapi kajian menunjukkan mencuci tangan dengan sabun mandi biasa juga sudah memadai. Apa yang penting, kurangkan menyentuh muka dengan tangan terutama bagi individu yang ada masalah jerawat kerana perpindahan bakteria dari tangan ke muka boleh memburukkan lagi keadaan.
6. Memfokuskan pada zon T wajah
Zon T merangkumi bahagian dahi, p**i dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berminyak dan berpotensi besar untuk pertumbuhan jerawat . Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka supaya dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Disarankan supaya mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
7. Buat urutan wajah
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit wajah. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan daripada leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.
8. Jangan lap dengan tuala
Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.
9. Gunakan topeng wajah
Selepas mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka bagi memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.
10. Kecutkan jerawat dengan ais
Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.
16/03/2018
Ini 6 Tips Yang Paling Berkesan Untuk Mandikan Bayi Tanpa Tangisan. Cubalah!
Memang tak dapat dinafikan bahawa mandikan bayi memang sukar terutama untuk para ibu yang kali pertama menimang cahaya mata. Memang sukar untuk pegang badan bayi yang masih lembik dan fragile tu, betul tak? Bayi akan mula menangis bila mereka rasa air yang terkena badan mereka. Jangan panik, ikuti langkah yang admin nak share ni. Semoga dapat membantu!
1. SEDIAKAN PERALATAN MANDI YANG SESUAI
Sebelum bawa bayi ke bilik mandi, pastikan anda sudah sediakan semua peralatan dan keperluan untuk mandian mereka seperti besen kecil atau tab mandi bayi, sabun, span atau kain lembut untuk membersihkan muka dan badan mereka.
2. RUANGAN MANDI YANG SELAMAT UNTUK BAYI – TIDAK TERLALU SEMPIT
Pastikan ruangan mandi luas dan selamat untuk anda ketika mandikan bayi. Pastikan para ibu juga duduk dalam keadaan yang selesa di atas bangku, terutama yang masih berpantang. Boleh juga lapik alas getah untuk mengelakkan anda tergelincir semasa mendukung bayi setelah selesai mandi. Hati-hati ya!
3. GUNAKAN KAIN ATAU SPAN LEMBUT UNTUK MEMBERSIHKAN MUKA BAYI
Bayi selalunya akan mulai menangis apabila disentuh di bahagian muka menggunakan air. Mereka sangat sensitif sebenarnya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kain atau span yang lembut untuk membersihkan muka mereka. InsyaAllah mereka tak akan menangis. Cuba dulu ya!
4. CARA MENDUKUNG – SATU TANGAN DI LEHER DAN KEPALA BAYI UNTUK SUPPORT
Memandikan bayi pun ada cara yang tersendiri tau. Contohnya, anda perlu gunakan satu tangan untuk support leher dan kepalanya, satu tangan lagi untuk membersihkan anggota badan. Lepas bersihkan muka dan kepala, boleh teruskan menggosok dengan lembut bahagian atas badan hingga ke bawah dan dari depan ke belakang.
5. SUHU AIR YANG SESUAI – TAK TERLALU SEJUK, TAK TERLALU PANAS
Suhu yang paling sesuai untuk mandikan bayi adalah sekitar 37o. Pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ya.
6. MENGGUNAKAN SABUN MANDI YANG SESUAI UNTUK KULIT BAYI ANDA YANG MASIH FRAGILE DAN HALUS
Ini salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa terutama apabila bayi yang mempunyai kulit yang halus. Pemilihan sabun mandi untuk bayi juga sangat penting tau. Kalau boleh pilih yang tidak terlalu banyak buih supaya tidak termasuk dalam mata bayi.
16/03/2018
CANTIK 10 Cara Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!
CARA JAGA MUKA
Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
>>> Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the establishment
Telephone
Website
Address
Kepala Batas