Nemesis Football
15/04/2026
DENNIS BERGKAMP “THE ICEMAN”❄️
Dennis Bergkamp, salah seorang pemain paling berbakat dari segi teknik dalam sejarah bola sepak, dan pernah terlibat membangunkan pemain muda di Ajax berkata:
“Satu-satunya pasukan yang wajib menang trofi ialah pasukan utama. Pasukan remaja tak perlu menang, mereka hanya perlu jadikan pemain mereka lebih baik.”
Baca lima poin ini, kemudian tanya diri sendiri: di mana sebenarnya keseimbangan dalam cara kau melatih sekarang?
1️⃣ Tujuan sebenar pasukan utama vs pasukan remaja
Bergkamp bukan menolak kemenangan. Mustahil, sebab dia sendiri bermain di tahap tertinggi.
Apa yang dia tekankan ialah:
• Pasukan utama → tugasnya menang trofi
• Pasukan remaja → tugasnya hasilkan pemain yang mampu menang di tahap itu
Kalau kedua-dua peranan ini jelas, semuanya berjalan lancar.
Masalah mula berlaku bila keputusan perlawanan jadi satu-satunya ukuran kejayaan untuk pemain muda.
2️⃣ Bukan bermaksud bola sepak remaja tanpa tekanan
Ini bukan bermaksud tiada persaingan.
Perkara penting yang tetap perlu:
• Belajar menang & kalah dengan sikap betul
• Rasai tekanan game sengit
• Belajar bangkit bila ketinggalan
• Disiplin dalam situasi sukar
Bergkamp cuma nak bezakan:
➡️ Guna perlawanan untuk bangunkan pemain
BUKAN
➡️ Ubah segalanya semata-mata nak menang trofi
3️⃣ Keseimbangan berubah ikut umur
• Umur kecil (asas) → fokus utama:
• Seronok
• Libatkan semua
• Kemahiran asas
• Bebas buat silap
• Umur lebih besar (remaja) →
• Kemenangan mula penting
• Persediaan ke bola sepak senior
Kunci dia: kena tahu tahap pemain dan sesuaikan pendekatan
4️⃣ Ego jurulatih boleh jadi masalah
Kadang-kadang jurulatih:
• Mainkan pemain terbaik saja sebab takut kalah
• Abaikan pembangunan bila nampak peluang menang piala
• Pilih pemain ikut perlawanan, bukan perkembangan individu
Tak semua salah… tapi bila jadi tabiat,
➡️ pembangunan pemain akan terkorban
➡️ dan lebih menguntungkan jurulatih daripada pemain
5️⃣ Rahsia sistem Ajax
Ajax berjaya bukan sebab abaikan kemenangan,
tapi sebab mereka jelas:
• Fokus utama: bangunkan pemain
• Gaya permainan konsisten
• Falsafah jelas
Kemenangan?
👉 Itu datang sebagai hasil daripada pembangunan yang baik, bukan matlamat utama.
Kesimpulan
Soalan sebenar untuk setiap jurulatih:
👉 Keputusan yang kau buat masa training & game…
betul-betul untuk jadikan pemain lebih baik,
atau ada benda lain (ego, tekanan, nak menang cepat) yang dah mula ambil alih?
04/03/2026
Ruud Gullit mengkritik bola sepak masa kini dengan keras! 🤬
“Saya sudah membuat keputusan untuk berhenti menonton bola sepak. Saya tidak lagi menikmati sukan ini. Saya menonton perlawanan antara Arsenal F.C. dan Chelsea F.C., memang satu perlawanan yang TERUK!
Saya nampak pemain cuba mendapatkan sepakan sudut, cuba mendapatkan lontaran ke dalam, saya nampak budak pengutip bola sudah bersedia memberikan tuala kepada pemain. Bola sepak sudah menjadi sangat teruk. Saya harap inilah bukan arah yang sedang kita tuju.
Saya menunggu pemain yang berani mencabar pertahanan semula, seseorang seperti Lamine Yamal. Saya rindu kegembiraan itu! Saya sudah tidak menikmati bola sepak lagi. Semua orang hanya melaksanakan tugasan di atas padang. Di mana pemain yang mengggelecek? Di mana pemain yang berani? KENAPA SEMUA ORANG ASYIK MENGHANTAR BOLA?! HANTAR! HANTAR! HANTAR!”
🎙️ Ruud Gullit menerusi Ziggo Sport
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Penang, Malaysia
Kepala Batas
13200
Opening Hours
| Friday | 17:00 - 19:00 |
| Saturday | 08:00 - 22:30 |
| Sunday | 08:00 - 22:30 |