Akademi Al-Quran Al-Labeeb
22/05/2026
22 MEI 2026 | MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILADHA.
Dimaklumkan bahawa Akademi Al-Quran Al-Labeeb (AQIL) mula bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bermula 22 Mei 2026 sehingga 6 Jun 2026.
Sebarang urusan akan disambung semula selepas 7 Jun 2026.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua warga AQlL serta keluarga tercinta.
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Maaf zahir & batin daripada kami warga AQIL.
18/05/2026
18 MEI 2026 | KELAS TASMIK & USRAH BERSAMA ASATIZAH DI MASJID MAK LAGAM.
Alhamdulillah, sesi tasmik dan perhimpunan kali ini diadakan di masjid bagi memberi suasana yang berbeza kepada para pelajar.
Kelainan suasana ini bukan sekadar perubahan tempat, tetapi juga memberi ketenangan hati, menambah semangat serta mendidik jiwa agar lebih dekat dengan rumah Allah.
Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi pencinta Al-Quran yang bukan sahaja menjaga hafazan, tetapi juga menjaga hubungan dengan Allah.
🎬 Antara pengisian dan suasana program di Tiktok :
https://vt.tiktok.com/ZSxjrn4rf/
17/05/2026
15 MEI 2026 | USRAH BULANAN BERSAMA USTAZAH ARBAIEYAH.
Alhamdulillah, Allah masih memilih pelajar-pelajar untuk duduk dalam majlis ilmu, mendengar peringatan dan memperbaiki diri sedikit demi sedikit.
Usrah kali ini turut diselitkan dengan satu tugasan buat para pelajar bertajuk : “Apakah Sumbangan Saya Terhadap Ummah.”
Bukan sekadar menulis tugasan, tetapi ruang untuk para pelajar berfikir tentang peranan diri, tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan bagaimana ilmu yang dipelajari boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga setiap perkongsian, setiap nasihat dan setiap muhasabah dalam usrah ini menjadi asbab lahirnya generasi yang bukan sahaja menjaga Al-Quran, tetapi turut membawa kebaikan kepada ummah.
“Ummah tidak memerlukan manusia yang sempurna, tetapi memerlukan manusia yang sentiasa berusaha memberi manfaat.”
09/05/2026
5 MEI 2026 | BENGKEL TAJWID SIRI 1
Alhamdulillah.
Selesai sudah program Bengkel Tajwid bersama penulis buku Kuasai Tajwid 6 Jam, Ustaz Zubair Bin Malik.
Moga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi asbab semakin dekatnya hati-hati ini dengan Al-Quran. Bukan sekadar membaca dengan betul, tetapi juga membaca dengan penuh penghayatan.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir, para asatizah serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.
Semoga Allah memberkati setiap usaha kecil ini dalam melahirkan generasi pencinta Al-Quran.
🎬 Antara pengisian dan suasana program di Tiktok :
https://vt.tiktok.com/ZS9nxK23Q/
17/02/2026
Ramadan tiba lagi…
Jom ambil satu slot tajaan.
Ringan di tangan kita, besar nilainya di sisi Allah.
✨ Tajaan Sahur
✨ Tajaan Iftar
✨ Tajaan Moreh
Anda beri makan, Allah gandakan keberkatan.
Moga setiap suapan yang pelajar nikmati menjadi pahala yang mengalir tanpa henti buat para penginfaq.
Insya-Allah, amin 🤲🏻
Booking slot :
013-217 4839
15/02/2026
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Hadiah Ranking AQIL.
Majlis penyerahan Watikah Pelantikan kepada barisan Majlis Persatuan Pelajar AQIL (MPPA) bagi sesi tahun 2026.
Turut diadakan penyerahan Hadiah Ranking Bulanan kepada pelajar yang telah berjaya mencapai target dalam bulan Januari 2026 :
- Target bacaan nazirah tertinggi
- Sabak terbanyak
Majlis ini sebagai tanda penghargaan atas usaha, disiplin dan kesungguhan para pelajar dalam membina kecemerlangan hafazan dan bacaan al-Quran.
Semoga amanah yang digalas menjadi medan tarbiyah kepimpinan dan kejayaan yang diraih menjadi motivasi untuk terus istiqamah.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima.
Lensa AQIL,
8 Februari 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Website
Address
No 48 1st Floor, Jalan Putra A/2, Taman Bandar Putra, Kg Mak Lagam
Kemaman
24000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |