THYA Cake Delights
16/01/2021
04/01/2021
Memandangkan ramai yang bertanya rupa sebenar ever whip. Ni admin upload salam perkenalan bagi yang baru nak kenal.. 4 brand ni yang saya selalu guna untuk hias kek.. setiap brand mempunyai texture dan profile yang berbeza..
Ever whip kuning
Sangat kental dan tahan panas.. rasa dia lebih kurang gold label. Sangat stabil untuk membentuk apa sahaja di permukaan kek. My fav freshcream setakat ni.
VIVO
Texture dia cantik. Tahan panas. Tapi kalau terover beat dia senang berketul.. profile rasa sama macam brand lain tak manis sangat.
Ever Whip kotak putih
Less sweet.. sesuai untuk buat filling chocolate indulgence. Rasa lebih creamy macam ice cream vanilla.. tapi dia tak tahan panas.
Gold Label
Boleh kata king of freshcream.. sebab texture dia lebih kurang Everwhip. Rasa dia sedap dan creamy. Tapi harga dia juga boleh tahan. Sesuai untuk buat bunga.
Value Pride (soft blend)
Bagi saya jenama ni ok. Tahan suhu outdoor dan susah keluar bubble.. cuma agak sukar bagi beginner nak handle dia sebab soft sikit. Tapi still boleh buat bunga dan bentuk pada kek. Rasa dia less sweet (tokey kedai cakap)
Cara penyimpanan :
1. Freshcream yang dah pukul boleh tahan 1 minggu dalam chiller (didalam bekas kedap udara)
2. Freshcream yang dah di pukul boleh tahan 1 bulan dalam freezer. (Didalam bekas kedap udara) nanti keluarkan 15 minit dari freezer dan putar balik sebelum guna.
3. Freshcream yang ter over beat apa nak buat...?? Boleh campur dengan freshcream yang belum di putar dan whip sekejap sampai bubble tu hilang. Dah boleh guna.
Pengalaman saya untuk handle freahcream ni jangan bawah kipas. Sebab fungsi kipas memutarkan udara panas sekeliling kita supaya suhu bilik menjadi kurang panas. Keadaan ni akan mempercepatkan proses freshcream jadi lembik dan keluar bubble. So tutup la kipas sekejap time nak deco kek. Ni personal experiences saya sepanjang buat kek. I dont need makcik bawang to drop your comment.
Krdt: admin isacc Geng Hero Dapur
04/01/2021
Kredit : Tourism Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kapar
Kapar
42200