Beriani Mak Intan

Beriani Mak Intan

Share

03/11/2024

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda :

‘Apabila kalian berjalan di taman syurga, maka nikmatilah.’

Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, apakah taman syurga itu?’

Baginda menjawab : ‘Kelompok orang-orang yang berzikir.’

Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Allah akan membangkitkan pada hari kiamat suatu kaum yang wajah-wajah mereka laksana bulan yang bercahaya
terang di atas mimbar-mimbar yang bertakhtakan permata yang
membuat orang-orang iri. Dan mereka tidak berasal dari golongan Nabi dan tidak p**a dari golongan syuhada.

Maka seorang Badwi berlutut dan berkata : ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepada kami agar kami mengetahui siapa mereka?’

Baginda menjawab : ‘Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai di jalan Allah dari suku-suku yang berbeza dan bangsa bangsa
yang berbeza. Mereka berkumpul untuk berzikir kepada Allah dan menyebutNya.’

18/10/2024

Bismillahhirrahmannirrahim
Doa itu ialah penyerahan diri kepada ALLAH bukan satu tuntutan kepadaNYA

kerana mungkin apa yang kamu minta kepadaNYA, belum tentu baik bagi kehidupan kamu dan apa yang kamu berlindung denganNYA belum tentu buruk untuk kehidupan kamu...

Tetapi apa yang ALLAH beri dan tahan untuk kamu, sudah pasti... Itu lah yang paling terbaik di dalam kehidupan kamu...

Maka berdoa lah kerana berserah diri sepenuhnya kepada Illahi.... DIA lah yang sebaik2 PENENTU bagi kehidupan kamu dunia hingga akhirat...

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya . Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Surah At-Thalaq - 65

15/10/2024

Assalamualaikum semua..morning..jom sarap mee hoon mak intan

Bismillahhirrahmannirrahim
" Janganlah engkau membanggakan pengalaman rohani yang dikurniakan Allah ke dalam hatimu saat kau berzikir atau beribadah. Itu hanyalah ibarat awan.

Tujuan akhir dari awan itu bukan turunnya hujan, tapi tumbuh dan berbuahnya tanaman, yaitu sifat-sifat tercelamu menjadi sifat-sifat mulia."

Katakanlah lagi Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah ALLAH dengan MENGIKHLASKAN segala ibadat kepada-Nya.
Az Zummar - 11

03/10/2024

Bismillahhirrahmannirrahim
Beramal lah kerana kasih sayang dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang balasan kerana amal kamu tidak mampu membeli syurgaNYA melainkan kamu memasukinya kerana rahmat dan kasih sayang ALLAH...

Beramal lah semata2 lantaran Kasih Dan Sayang..... Apabila DIA mengasihi kamu, maka akan diberikan kepada kamu segala kebahagian di dunia dan diakhirat...

Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
Al-A’raaf - 56

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kapar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 2160 Persiaran Hamzah Alang Meru
Kapar
42200

Opening Hours

Tuesday 11:30 - 15:00
Wednesday 11:30 - 15:00
Thursday 11:30 - 15:00
Friday 11:30 - 15:00
Saturday 11:30 - 15:00
Sunday 11:30 - 15:00