SPRM Negeri Perlis
14/05/2026
PEMERIKSAAN TASK FORCE INSPEKTORAT SPRM IBU PEJABAT SELESAI DILAKSANAKAN DI SPRM NEGERI PERLIS
KANGAR, 14 Mei – Pemeriksaan menyeluruh oleh K*mp**an Task Force Inspektorat SPRM 2024–2026 Ibu Pejabat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perlis telah selesai dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan, integriti, tatakelola dan keberkesanan pengurusan organisasi.
Pemeriksaan yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan semakan terhadap 6 domain yang disemak iaitu :domain siasatan,domain keselamatan,domain rekod,domain Tatakelola,domain Profesionalisme dan domain kewangan
K*mp**an Task Force Inspektorat SPRM dari Ibu Pejabat terdiri daripada wakil:
1. Bahagian Siasatan;
2. Bahagian Penyiasatan Tatakelola;
3. Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan;
4. Bahagian Keselamatan;
5. Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat;
6. Bahagian Kecemerlangan & Profesionalisme.
Pemeriksaan tersebut turut memberi fokus kepada pematuhan Standard Operating Procedure (SOP), pengurusan fail dan dokumen terperingkat, kawalan keselamatan pejabat, pengurusan aset kerajaan serta pengukuhan sistem kawalan dalaman organisasi.
Selain itu, sesi libat urus dan semakan dokumentasi turut dilaksanakan bagi memastikan setiap proses kerja mematuhi peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan.
Pelaksanaan pemeriksaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memastikan budaya kerja berintegriti, telus dan profesional sentiasa diperkasakan sejajar dengan slogan:
12/05/2026
Terima Kasih & Selamat Bersara Kepada Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Terima Kasih & Selamat Bersara Kepada Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Bangunan Persekutuan
Kangar
01000