ARC Perlis (Alternative Riding Club)
11/06/2026
Jom kita luangkan masa bersama dalam suasana santai dan penuh ukhuwwah menerusi program Sembang Sesudah Isyak ARC Perlis.
π
12 Jun 2026 (Jumaat)
π 8.00 Malam
π Rumah Saudara Seroja, Kg. Sungai Batu Pahat
Ayuh hadir untuk beramah mesra, bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dunia permotoran serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama ahli.
Motor yang menyatukan kita, ukhuwwah yang menguatkan kita. π€ποΈ
Jangan lupa ajak sahabat riders yang lain. Kehadiran anda amat dihargai.
πποΈ
30/05/2026
30 Mei 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, ARC Perlis (Alternative Riding Club) telah bersama-sama menjayakan program Ijtimaβ Qurban Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis yang berlangsung dengan penuh meriah di PASTI Nurul Hayah, Santan.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, ARC Perlis dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama ahli, malah menyemarakkan semangat gotong-royong serta penghayatan ibadah korban dalam kalangan masyarakat.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat seluruh peserta dan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
05/05/2026
π₯ PENDAFTARAN AHLI ARC PERLIS DIBUKA! π₯
Jom jadi sebahagian daripada keluarga besar ARC PERLIS (Alternative Riding Club) ποΈ
Kami bukan sekadar rideβ¦
kami bawa nilai:
Riadah | Ukhwah | Dakwah
π We Rider 4 Charity
β Komuniti rider yang aktif & positif
β Aktiviti konvoi, kebajikan & program santai
β Satukan semua jenis motor, bukan CC besar saja!
ππ*Sebarang Pertanyaan berkaitan PENDAFTARAN boleh whatsapp SU ARC Perlisππ*
0136346163
π² Daftar sekarang:
https://forms.gle/425WTDWVbRXVPtUV6
π Terbuka kepada semua rider sekitar Perlis & kawasan berhampiran
π₯ We Ride 4 Charity
π Riadah | Ukhwah | Dakwah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Stadium Utama
Kangar
01000