Persatuan Ragbi Perlis Baru

Persatuan Ragbi Perlis Baru

Share

02/12/2025

Kejohanan Ragbi Kangar 10's yang dijadualkan berlangsung pada 13&14 Disember 2025 telah dibatalkan. Pembatalan ini dibuat berikutan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan serta situasi banjir yang melanda negeri Perlis baru-baru ini. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Photos from Persatuan Ragbi Perlis Baru's post 27/10/2025

Piala Agong 2025 | Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4

Pertemuan sengit di Arena Universiti Malaya menyaksikan Pasukan Ragbi Perlis turun menentang Pasukan Kelantan dalam perebutan tempat ke-3 dan ke-4 Piala Agong 2025. Dalam perlawanan penuh semangat dan aksi berbalas serangan, Pasukan Perlis akhirnya terpaksa akur dengan keputusan 39 berbalas 50.

Meskipun tidak membawa pulang kemenangan, pencapaian menamatkan kejohanan di tempat keempat merupakan rekod terbaik Pasukan Ragbi Perlis dalam sejarah penyertaan Piala Agong — satu pencapaian yang membanggakan buat negeri kecil berjiwa besar ini.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada negeri perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis , Able Farm Malaysia , Torpedo Sports Wear , , REHAB SOLUTION, Kangar serta semua barisan pemain, jurulatih, barisan pengurusan pasukan, penyokong setia, serta semua yang terlibat secara langsung atau di belakang tabir sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semangat juang, dedikasi dan komitmen anda semua menjadi nadi kepada kejayaan ini.

18/10/2025

Game oN...

Piala Agong 2025
Semi Final
Perlis vs Johor

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
Kangar