AADK Perlis
12/06/2026
AADK BANTU JAS PERLIS PERKASA USAHA TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
JUMAAT, 12 Jun 2026 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program “Keep JAS Clean” di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis bermula jam 8.30 pagi hingga petang. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Encik Jamal Affendy bin Shahar.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuhkan budaya kerja berintegriti dan bebas dadah. Dalam sesi taklimat tersebut, AADK telah berkongsi senario semasa penyalahgunaan dadah di Malaysia yang masih menjadi ancaman serius kepada kesejahteraan masyarakat dan produktiviti organisasi. Peserta turut didedahkan dengan trend semasa penyalahgunaan dadah, faktor risiko serta kepentingan tindakan pencegahan dan intervensi awal bagi mengelakkan penglibatan warga kerja dalam gejala tersebut.
Selain itu, AADK turut memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang membantu organisasi membangunkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan produktif melalui pendekatan pendidikan, pencegahan, pengesanan serta intervensi awal. Inisiatif ini dapat membantu JAS Negeri Perlis memperkukuhkan usaha mewujudkan budaya kerja yang berintegriti dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Diharapkan kerjasama strategik antara AADK dan JAS ini dapat terus diperkasakan dalam usaha melahirkan warga kerja yang sejahtera, berintegriti dan bebas dadah.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Address
Tingkat 5 Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |